Baru-baru ini, team MURAI MY berpeluang melancong ke luar negara, bukan sekadar untuk bercuti, tapi turut membawa sedikit tugasan kerja. Dalam banyak peranti yang kami bawa, kami bawa sekali Samsung Galaxy Tab S10 FE+. Ringkas, ringan dan serba boleh, tablet ini menjadi teman setia kami dari lapangan terbang sehinggalah ke lokasi terakhir.
Mula-mula Sampai: Plan & Cari Jalan Tak Lagi Stres
Sampai saja di destinasi, terus buka tablet. Kami guna Google Maps untuk cari jalan ke hotel, dan sambil tu buka Notes untuk semak itinerary. Skrin dia besar, warna cantik, dan paling kami suka, walaupun tengah berdiri bawah matahari panas, skrin masih terang. Tak payah gelabah nak cari tempat teduh.
Dengan butang Galaxy AI Key, kami boleh akses pembantu AI terus. Contohnya kalau nak cari tempat makan best berdekatan, atau nak rancang laluan cepat balik ke hotel, semuanya boleh settle dengan satu klik saja.
Dalam Pesawat: Tonton Movie Macam Kat Rumah Sendiri
Naik kapal terbang 12 jam memang boleh buat sesiapa pun bosan. Tapi sebab kami dah siap muat turun beberapa filem kegemaran awal-awal, memang tak terasa panjang sangat pun. Skrin tablet ni memang sedap mata tengok, 90Hz refresh rate, warna vivid, dan ada penuras cahaya biru untuk elak mata cepat letih.
Yang paling best? Rasa macam tengah layan Netflix atas sofa kat rumah. Suasana gelap dalam kabin, bunyi bising diredam dengan fon kepala, dan visual pulak smooth, memang rasa macam ada home cinema dalam beg galas.
Jurnal Perjalanan: Tulis, Lukis, Simpan Momen Terindah
Kami jenis yang suka tulis travel journal, bukan formal sangat pun, kadang tulis ringkas-ringkas je. Tapi bila guna S Pen pada Tab S10 FE+, rasa syok betul. Menulis rasa natural, lakar pun smooth. Kadang-kadang kami edit gambar terus dari tablet dan masukkan dalam nota.
Samsung Notes memang best untuk satukan semua benda, teks, gambar, idea konten, rakaman suara. Semua boleh campur jadi satu. Jadi bila balik nanti, tak adalah kenangan tu hilang macam tu je.
Senang Dibawa, Tak Risau Kalau Hujan Turun Tiba-Tiba
Dari segi saiz, tablet ni memang ringan dan tak makan ruang dalam tote bag. Kami bawa ke mana-mana je, naik MRT, panjat tangga, jalan dalam hujan renyai . Tak risau sebab ada IP68, jadi tahan air dan habuk. Senang cerita, kalau nak bawa pergi hiking pun okay.
Bukan Sekadar Tablet, Tapi Teman Travel Lengkap
Apa yang kami suka tentang Galaxy Tab S10 FE+ ialah ia bukan sekadar untuk tengok video atau main game. Ia boleh bantu kita rancang perjalanan, buat kerja ringan, catat jurnal, edit gambar, dan layan hiburan. Semua dalam satu peranti yang ringan dan senang dibawa ke mana-mana.
Kalau anda jenis yang suka travel sambil kekal produktif, atau nak bawa hiburan ke mana saja, tablet ni memang berbaloi. Lepas ini, kami rasa tak perlu dah usung laptop ke mana-mana. Galaxy Tab S10 FE+ pun dah cukup.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.