Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Diambil Dari Tong Sampah, Ini 5 Fakta Tentang Anak Angkat Mithun Chakraborty

by Soph Azz
June 10, 2025
Foto - Pinterest / India Today

Foto - Pinterest / India Today

Share on Facebook

Nama anak angkat Mithun Chakraborty iaitu Dishani Chakraborty telah menjadi topik perbualan selepas kisah zaman kanak-kanaknya terbongkar. Dia didakwa telah ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya berhampiran tong sampah dan kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh Mithun, seorang pelakon dan juga ahli politik lagenda India.

Kini Dishani membesar dengan penuh kasih sayang dan sedang menceburi kerjaya dalam industri perfileman. Bukan sahaja berlakon, dia juga telah mengikuti jejak Mithun dan sama-sama terlibat dalam banyak projek sosial.

Berikut Murai kongsikan lima fakta tentang Dishani Chakraborty yang ramai tidak tahu.

  • Ditemui berdekatan dengan tong sampah

Semasa Dishani masih bayi, dia telah dibuang berhampiran dengan tempat pembuangan sampah oleh ibu bapa kandungnya di West Bengal pada tahun 1997.

Foto – Bollywood Shaadis

Akhbar Bengali Daily melaporkan kejadian itu dan dia diselamatkan oleh NGO tempatan. Mithun yang membaca berita tersebut, memutuskan untuk mengambilnya sebagai anak angkat dan menamakannya sebagai “Dishani”.

  • Dijaga oleh Mithun dan Yogeeta Bali

Mithun dan Yogeeta telah menjaganya dengan baik, bahkan malah lebih baik daripada tiga anak lelaki mereka sendiri.

Foto – In Uth

Mendapat persetujuan daripada isteri, Yogeeta Bali, Mithun menyelamatkan dan mengambil Dishani sebagai anak perempuannya. Pasangan ini dikatakan sangat teruja, malah sanggup berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan semua kertas kerja bagi proses pengambilan anak angkat.

  • Mempunyai tiga orang abang 

View this post on Instagram

A post shared by Dishani Chakraborty (@dishanichakraborty)

Untuk pengetahuan kamu, Dishani mempunyai tiga orang abang. Dua orang abangnya, Mahaakshay dan Namashi adalah pelakon. Manakala Ushmey pula adalah seorang penulis dan pengarah.

  • Gemar mengikuti ayahnya ke mana-mana sahaja

Foto – SpotBoy E

Memandangkan Dishani satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, dia sering mengikuti bapanya ke mana-mana sahaja termasuklah ke set penggambaran filem. Pernah dikongsinya suatu ketika dahulu, dia duduk di dalam vannya sambil melihat Mithun membaca dialog, memakai alat solek dan berubah untuk wataknya.

  • Suka bergusti 

View this post on Instagram

A post shared by Dishani Chakraborty (@dishanichakraborty)

Disebabkan mempunyai tiga orang abang, Dishani suka sukan yang melibatkan keganasan seperti gusti. Bersama-sama abangnya, mereka sering menonton rancangan gusti dan pernah mengatakan Dishani peminat WWE.

Cantik orangnya, kan?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

dishani chakrabortyMithun Chakraborty
https://lomp.at/m0mle
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem