Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Memalukan, SRK Kongsi Kisah Rawatan Akupuntur Di Bahagian ‘Private’

by Soph Azz
June 10, 2025
Foto - Hindustan Times

Foto - Hindustan Times

Share on Facebook

Ramai yang terkejut (termasuklah Murai) apabila mengetahui Shah Rukh Khan (SRK) rupanya pernah menulis di kolum bulanan untuk DNA India beberapa tahun lalu, selepas salah satu entrinya telah menjadi tular semula.

Dalam entri yang tular itu, SRK berkongsikan satu pengalaman yang agak memalukan baginya apabila dia melakukan akupuntur untuk menghilangkan rasa sakit di bahagian lehernya.

Foto – The Acupuncture Clinic

SRK mendedahkan bagaimana dia berpotensi untuk lumpuh jika tidak melakukan pembedahan untuk cakera prolaps di kawasan lehernya dengan segera. Tetapi selepas ditakutkan oleh saudara terdekatnya mengenai risiko yang akan berlaku jika pembedahan itu gagal, SRK memilih untuk rawatan yang kurang invasif dan selamat.

“Mereka memberitahu saya apa yang berlaku jika ia gagal. Mereka berkata saya boleh lumpuh atau tidak boleh bercakap lagi.”

Foto – Variety

Perubatan alternatif lain yang dipilih oleh SRK adalah akupuntur. Itu pun selepas dia disyorkan kepada pakar akupuntur yang terbaik di dunia. Ketika mahu memulakan prosedur rawatan, SRK menjadi sangat panik apabila membayangkan jarum akupuntur dimasukkan ke lehernya.

“Membayangkan dia cucuk jarum di leher saya memang menakutkan. Tapi saya tidak risau dia tak cucuk jarum di situ, tetapi di bahagian alat sulit saya untuk merawat leher. Boleh bayangkan betapa sakitnya, dan seluruh badan saya mengigil.”

Foto – Mint

Tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai proses itu, SRK mengakui ianya satu proses yang agak memalukan dan menyakitkan dalam hidupnya. Bercakap soal sakit lehernya hilang selepas rawatan akupuntur? Ya, sakitnya hilang dan sakit itu ‘berpindah’ pula ke bahagian paha dan bahagian intim.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

akupunturshah rukh khanshah rukh khan acupunctureshah rukh khan akupunturSRK
https://lomp.at/ybocj
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem