Seorang penyanyi Thailand, Ruangsak Loychusak, berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengetahui satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas Air India baru-baru ini.
Keudukan Kerusi Yang Sama

Menurut berita yang tular di media sosial, mangsa yang terselamat tersebut telah duduk di kerusi yang bernombor11A.
Sama seperti Loychusak, dia menyatakan bahawa nombor tempat duduk yang sama seperti beliau semasa terselamat dalam nahas Thai Airways TG261 pada tahun 1998.
Menurut Daily Mail UK, Loychusak, kini berusia 47 tahun, masih mengingati detik cemas dalam tragedi yang meragut 101 nyawa daripada 132 penumpang serta 14 anak kapal.
Mengalami Trauma Yang Panjang

Dalam nahas yang berlaku ketika pesawat menuju ke Surat Thani dari Bangkok itu, beliau mengalami trauma mendalam sehingga sukar menaiki pesawat selama hampir sedekad.
Setiap kali hujan dan guruh, saya rasa seperti berada di neraka.
Saya sukar bernafas dan hanya pandang keluar tingkap.
Saya juga elak bercakap dengan penumpang lain
Lebih meremangkan, dia masih dapat membayangkan bunyi dan bau air paya, lokasi di mana pesawatnya terhempas.
Kerusi Di Tolak Keluar

Tragedi Air India baru-baru ini pula menyaksikan 244 penumpang dan kru terkorban selepas pesawat Boeing 787 Dreamliner terhempas sejurus berlepas.
Satu-satunya mangsa terselamat ialah Vishwash Kumar Ramesh, 40 tahun, dari Leicester, England, yang kebetulan juga duduk di kerusi 11A.
Vishwash mendakwa tempat duduknya ‘ditolak keluar’ semasa impak, membolehkannya membuka pintu keselamatan dan menyelamatkan diri.
Kebetulan nombor tempat duduk ini dalam dua tragedi berbeza menimbulkan rasa seram dan simpati, namun juga mengingatkan bahawa dalam musibah besar, keajaiban masih boleh berlaku.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.