Nama penyanyi wanita Malaysia, Dayang Nurfaizah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Memulakan kerjayanya sebagai pernyanyi seawal umur 18 tahun menerusi program realiti nyanyian anjuran 8tv iaitu One In A Million.
Dayang Nurfaizah juga telah membuat banyak album serta meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara membolehkan namanya kini sebaris bersama penyanyi wanita Malaysia yang lain seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim, dan Jaclyn Victor.
“Sampai Terlentok Lentok Dayang Rakam Hael Tengah Menyanyi Tu Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hhdn_central yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 13 ribu, tanda suka sebanyak 361 komen dan sebanyak 12 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Dayang Nurfaizah yang tersenyum sambil merakam Hael Husaini menyanyi ketika di konsert Rossa Baru ini.
@hhdn_central Reposted from IG Story Nora Danish #haeyang #haelhusaini #dayangnurfaizah
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sabar untuk melihat hasil video yang dirakam oleh Dayang Nurfaizah itu. Tambah mereka lagi, mereka berharap agar Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini mempunyai lagu duet pada masa akan datang.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.