Monday, June 16, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home IbuBapa

[VIDEO] “2 Tahun Dah Dia Pergi, Sorang Pergi 20 Pengganti” – Ibu Sebak, Kenang Rakan Arwah Anak Datang Melawat

by Arsiqin Yusof
June 16, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam satu perkongsian di akaun Threads @signature_bakes_hq, wanita ini mengimbau kembali rasa syukur dan sebak apabila sekumpulan rakan anak lelakinya datang melawat mereka sekeluarga sewaktu musim perayaan 2 tahun yang lalu Kedatangan itu benar-benar memberi kejutan yang cukup besar dan menyentuh hati, memandangkan anak lelakinya telah pergi buat selamanya.

Hari Raya seringkali menjadi waktu yang paling dirindui dan pada masa yang sama, paling menyayat hati buat insan yang telah kehilangan orang tersayang. Begitulah yang dirasai oleh seorang ibu, yang berkongsi kisah menyentuh hati di Threads baru-baru yang mengimbau kembali detik indah apabila rakan-rakan arwah anaknya datang berkunjung ke rumah pada pagi raya.

“2 tahun dah dia pergi. Tapi alhamdulillah… sorang pergi 20 pengganti. Tak putus hubungan dengan kami. Masih ada yang datang beraya setiap tahun,” tulisnya dengan penuh emosi.

Video yang pernah dimuat naik 2 tahun lalu menunjukkan suasana penuh kasih sayang antara keluarga tersebut dan rakan-rakan arwah. Walaupun perasaan rindu terhadap anak yang telah tiada tidak pernah pudar, namun kehadiran rakan-rakan arwah sedikit sebanyak mengubati luka di hati. Dengan perkongsian sang ibu baru-baru ini jelas memaparkan kerinduan terhadap anaknya biarpun video tersebut sudah lama dimuat naik. Nyata, tindakan raka-rakan arwah benar meninggalkan kesan indah buat si ibu.

@sharifahintan

Ramai kawan abg syahmi dtg beraya. Alhamdulillah penuh rumah kita bang. Abg pasti gembirakan ? Al fatihah buat anak syurga ibu . #kanserfighter

♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Netizen Turut Sebak

Perkongsian itu nyata mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ramai memuji keakraban persahabatan yang tidak berakhir walaupun selepas kematian, dan menyifatkan rakan-rakan arwah sebagai anak-anak yang berhati mulia.

“Mereka ni bukan sekadar kawan, tapi amanah yang terus jaga silaturahim,”

“Friendship laki ni lain sikit, dia punya hargai tu sampai bila-bila”

“Baiknya budak-budak ni, dorang tau macam mana nak gembirakan hati orang tua”

“Terima kasih adik semua. Berkawanlah sampai syurga”

“Mesti arwah seronok kawan-kawan dia datang jenguk mak ayah untuk dia”

Dalam dunia yang sering sibuk dan semakin jauh dari nilai-nilai kekeluargaan, kisah ini mengingatkan kita semua tentang pentingnya menjaga hubungan. Bukan hanya dengan sahabat, tetapi juga dengan keluarga mereka. Kerana kadang-kadang, sebuah kunjungan kecil boleh memberi makna yang sangat besar buat hati yang terluka.

Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga kebaikan rakan-rakan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

arwahibu-bapakawansejati
https://lomp.at/qco51
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] “Datuk K Pesan Jangan Kurus Sangat”-Siti Nurhaliza

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem