Walaupun ramai yang ‘takut’ untuk membawa anak ke masjid kerana bimbang merimaskan jemaah lain, namun masih ada segelintir golongan ibu bapa berani membawa anak kerana ingin melatih mereka membiasakan diri dengan masjid.
Percayalah kehadiran mereka bukan sahaja menjadi penyeri masjid, malah mereka juga dididik bahawa masjid bukanlah tempat yang menakutkan atau larangan untuk anak-anak kecil.
Sama seperti pengguna TikTok @ara_mz19, wanita ini berkongsi video pendek mengenai anak perempuannya yang tidak kekok dan selesa apabila berada dalam masjid.
@ara_mz19 unexpected word pun of the day: she’s not wrong, she’s not that right tho 🙂↔️ mind this, aku ingat dia nak tengok-tengok dalam masjid
Video yang dimuat naik itu telah mendapat tanda suka kira-kira 156.2 ribu dan sekitar 2180 komen. Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak perempuan itu telah meminta keizinan ibunya untuk pusing-pusing masjid.

Mendapat green light daripada ibunya, aksi seterusnya kanak-kanak perempuan itu tidak dijangka ramai dan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Kata-kata yang tidak dijangka hari ini: Dia tidak salah, dia juga tidak betul. Ingat ini, aku ingat dia nak tengok-tengok dalam masjid.”

Aksi luar jangkaan kanak-kanak perempuan ini telah mengundang ketawa ramai yang rasa terhibur. Sama seperti yang lain, Murai tidak menjangka maksud “pusing” yang dikatakan oleh kanak-kanak tersebut adalah aksi berguling kerana menyangka dia mahu melihat sekitar masjid.


Nampaknya kanak-kanak ini sering dibawa ke masjid sehinggakan dia tidak takut untuk menjadi diri sendiri. Apa pun tahniah kepada ibu bapanya kerana berjaya menunjukkan masjid sebagai tempat selamat untuk kanak-kanak dan tidak mengganggu jemaah lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.