Monday, June 16, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Gara-Gara Watak ‘Dangal’, Aamir Khan Tuduh SRK & Salman Khan Sabotaj Kariernya

by Soph Azz
June 16, 2025
Foto - Golden Globes / Film Companion

Foto - Golden Globes / Film Companion

Share on Facebook

Filem Aamir Khan, iaitu ‘Dangal’, telah kekal menjadi salah satu filem yang paling berjaya dalam pawagam India. Filem tersebut telah menarik perhatian ramai apabila ia mengisahkan kehidupan Mahavir Singh Phogat yang dilakonkan oleh Aamir Khan dan anak-anak perempuannya.

Bagaimanapun untuk filem itu, Aamir mendedahkan pada mulanya dia keberatan untuk mengambil projek tersebut apabila dia mengesyaki Salman Khan dan Shah Rukh Khan (SRK) telah menghantar pengarah filem ‘Dangal’ dengan skrip untuk menamatkan kerjayanya.

Foto – India Today

Semasa muncul dalam temu bual dengan saluran podcast ‘Just Too Filmy‘, Aamir ditanya sama ada pilihan filemnya selari dengan jangkaan penonton. Aamir menjelaskan dia sentiasa mengikut nalurinya dengan memenuhi trend seperti filem ”Lagaan’, ‘Peepli Live’ dan ‘Dangal’ sebagai filem yang dia kejar berdasarkan keyakinan peribadi dan bukannya ramalan box-office.

Foto – NDTV

Apabila menyetuh tentang ‘Dangal’, Aamir mengakui dia sangat menyukai skrip filem itu tetapi dia masih belum bersedia untuk memainkan watak “Mahavir Singh Phogat”. Tambahnya, dia baru sahaja menamatkan penggambaran filem “Dhoom 3”, di mana dia masih kelihatan lebih muda dan cergas.

Disebabkan oleh itu, dia teragak-agak untuk memainkan watak “Mahavir” yang menggambarkan dirinya sebagai seorang bapa yang semakin tua dengan sosok tubuh yang lebih gempal.

Foto – Catch News

Dengan guraunya, Aamir juga berkata dia mengesyaki pengarah filem itu, Nitesh Tiwari, telah dihantar oleh ‘musuhnya’ iaitu SRK dan Salman untuk mensabotaj kariernya sebagai salah seorang pelakon Bollywood yang terkenal.

“Saya sangkakan Salman atau orang SRK yang mahu menggulingkan saya.”

Foto – The Indian Express

Manakala Nitesh pula menegaskan dia hanya mahu Aamir untuk melakonkan watak itu walaupun terpaksa menunggu pelakon itu bertahun-tahun lamanya. Walaupun pada awalnya dia agak keberatan, Aamir akhirnya bersetuju untuk melakonkan watak “Mahavir Singh Phogat”.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Aamir Khandangalnitesh tiwarisalman khanshah rukh khanSRK
https://lomp.at/tuv84
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] “Datuk K Pesan Jangan Kurus Sangat”-Siti Nurhaliza

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem