Nama Hael Husaini tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Hael lebih dikenali selepas dia menyertai satu pertandingan astro iaitu Akademi Fantasia.
Selepas tamat program tersebut,, rezeki Hael di dalam bidang nyanyian terus mencanak selepas dia memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi lagu Jampi.
Kini Hael sering tampil dengan fesyen-fesyen dari korea, dari rambut sehingga pakaiannya sering disamakan dengan artis-artis korea. Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali melakukan persembahan, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki begitu dijaga rapi.
“Hael Lagi Merumitkan Keadaan, Betul Meminta Hahahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cute08628 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 89 ribu, tanda suka sebanyak 2,088 dan sebanyak 42 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan netizen yang meminta Hael Husaini menceritakan apa yang berlaku namun Hael Husaini bergurau dengan memberitahu bahawa Amira Othman telah memberinya amaran untuk tidak bercerita apa-apa.
@cute08628
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Hael Husaini amat suka mengusik rakan rakannya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.