Sebelum ini isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida pernah berkongsi keadaan matanya yang semakin membengkak disebabkan jangkitan kuman.
Walaubagaimanapun, Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram berkongsi keadaan matanya yang mula mengalami jangkitan selepas berlaku kepada isterinya.
“Ini bukan sakit mata biasa korang, mata papa kena virus, mula-mula mama yang kena kan.
Lepas tu berjangkit kat papa punya mata, dia rasa macam sakit dan gatal tau. Tapi tak boleh lah sapu kan sebab takut tambah parah, so papa pergi lah kat doktor pakar mata. Doakan mata papa cepat sembuh korang.”-kongsi Aliff Syukri di Instagram
“Virus Tu Berjangkit Dari Datin Haritu…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat jangkitan virus yang sudah mula berjangkit kepada Aliff,
malah salah seorang pakar perubatan di ruangan komen turut menyatakan bahawa virus tersebut berkemungkinan akan berjangkit kepada anak-anak serta para pekerjanya.
“Jangkitan mata tu dato, virus tu berjangkit kang habis satu rumah kena sakit mata.”-Zarina Zainuddin
“Virus tu berjangkit dari Datin haritu Dato. Lepas ni boleh berjangkit pada anak-anak dan staf-staf Dato hati-hati. Mudah-mudahan Dato cepat sembuh InsyaAllah.”
“Time solat masa nak rukuk, rasa nak tercabut mata 😂😂.”
“Kena elakkan jumpa orang ramai tu, nanti lagi ramai berjangkit. Sentuhan tangan ke mata. Lepastu salam-salam dengan orang lain.”
“Moga Allah permudahkan segalanya, dan moga dato cepat sembuh.”
Apa komen anda?