Umum mengetahui pelakon jelita, Afifah Nasir kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama pilihan hatinya, Syed Hariz.
Terkini, Afifah berkongsi khabar gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata lelaki selepas memuatnaik video majlis pengumuman jantina atau ‘gender reveal’ yang dihadiri ahli keluarga.
Kongsi Afifah, biarpun mereka berdua pada mulanya tidak kisah akan jantina bayi mereka, namun jauh di sudut hati mereka secara diam-diam berharap bakal dikurniakan cahaya mata lelaki dan bersyukur Allah SWT makbulkan doa mereka.
“Sungguh menakjubkan bagaimana Allah mendengar perancangan anda. Hariz memberitahu saya, dia mahu 2024 hanya tentang kami, fokus antara satu sama lain dan InsyaAllah, mendapat bayi pada 2025.
Kami juga bercakap tentang jantina. Walaupun kami berdua berkata kami tidak kisah, jauh di sudut hati kami tahu, kami diam-diam mengharapkan anak lelaki. Kami mahukan Syed dan alhamdulillah, Allah makbulkan. Subhanallah.”-kongsi Afifah di Instagram
“Tekaan Saya Betullah Baby Boy…”
Perkongsian Afifah dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa netizen buat Afifah agar segala urusan ibu dan bayi ini ini dipermudahkan kelak.
“Alhamdulillah it’s a boy! So happy for you both. Congratulation again love 💙.”-Syamim Farid
“Semoga dipermudahkan urusan awak Afifah. Doa yang baik-baik untuk awak dan baby bakal lahir.”
“Syed is coming. Congrats, take care mummy.”
“Tahniah mummy cantik, tekaan saya betul lah baby boy.”
Afifah sebelum ini berkongsi khabar gembira pada Mei lalu mengenaidia kini berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Afifah Nasir mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.