Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Suami Sendiri Buaya Lapar”-Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%

by Puteri Alia
June 18, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tampil menyuarakan pendapat berani mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga. Menerusi sebuah video di TikTok, Che Ta, 52, menegaskan bahawa dalam kes suami berlaku curang, wanita tidak seharusnya meletakkan sepenuh kesalahan kepada pihak ketiga semata-mata, khususnya kaum wanita lain.

Menurutnya, lelaki yang berlaku curang sepatutnya menjadi pihak utama yang dipersalahkan kerana mereka yang memilih untuk melanggar batas perkahwinan. Ujarnya, sikap segelintir wanita yang terlalu cepat menuding jari kepada jantina sendiri hanya menambah luka tanpa menyentuh punca sebenar. “Ini pendapat saya, bila lelaki curang, orang perempuan suka menyalahkan jantina sendiri. Jangan. Orang lelaki pun cari fasal sebenarnya sebab perangai teruk tetapi perempuan pula jadi mangsa,” katanya.

Che Ta turut mengingatkan bahawa kemarahan terhadap kecurangan tidak wajar disalurkan dengan cara membuka aib wanita lain, kerana menurutnya, lelaki tetap merupakan pelaku utama yang perlu bertanggungjawab atas perbuatannya. Katanya lagi, “Selalunya kita memang akan salahkan orang perempuan juga sedangkan yang paling bersalah nombor satu ialah lelaki. Jadi, orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.”

Menambah nada sinis, Che Ta turut menegur sikap sesetengah isteri yang menyalahkan wanita lain walaupun suami sendiri berperangai buruk. “Sesetengah orang suka, suami dia biasa sahaja tetapi salahkan perempuan lain padahal suami sendiri buaya lapar. Kalau saya, memang akan salahkan lelaki itu.”

Sebelum ini, Che Ta juga pernah berkongsi pandangannya bahawa jika berlaku kecurangan, kedua-dua pihak, baik lelaki mahupun wanita yang terlibat, sepatutnya sama-sama dipertanggungjawabkan dan tidak ada seorang pun yang layak dilepaskan daripada kesalahan hanya kerana status mereka sebagai orang luar. Bagi Che Ta, kesalahan tetap kesalahan, dan ia perlu diadili dengan adil, bukan dengan emosi semata-mata.

Ragam Aaisyah Disuruh Memasak Di Dapur, Netizen Terhibur!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

che tarozita che wanzain saidin
https://lomp.at/33hz3
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem