Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

by Puteri Alia
June 18, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara Irma Hasmie sekali lagi mencuri perhatian apabila hantaran terbarunya di Instagram mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat. Dalam perkongsian tersebut, Irma yang kini berusia 43 tahun seakan memberi bayangan bakal bersanding semula di atas pelamin, meskipun kenyataannya diselit dengan nada berseloroh.

“Terpaling nak kahwin, berangan dan gigih rupa-rupanya majlis orang lain,” tulisnya bersama foto anggun dalam persalinan seakan pengantin, sekali gus membuka ruang spekulasi dan teka-teki dalam kalangan pengikutnya.

VIA Akaun peribadi Instagram Irma Hasmie

Bukan itu sahaja, Irma turut membayangkan suasana seperti majlis sebenar apabila menyebut detik namanya dan pasangan disebut oleh pengacara majlis, seolah-olah dia benar-benar berada dalam majlis pernikahan sendiri. Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang teruja, tidak kurang juga yang terus meneka apakah pelakon drama Kasih Alia itu sedang bersedia untuk membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Untuk rekod, Irma pernah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan tersebut. Namun, rumah tangga mereka berakhir pada sekitar Oktober 2023, selepas perkara itu dikongsikan oleh rakan rapat Irma, Reen Emran, dalam satu hantaran IG Story.

Redza pula dilaporkan telah pun berkahwin semula dengan seorang wanita bernama Fiza pada April tahun lalu.

Kini, Irma lebih aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, khususnya di wilayah konflik seperti Timur Tengah. Sebagai Ikon Kemanusiaan bagi Islamic Relief Malaysia, dia terus menjadikan isu kemanusiaan sebagai fokus perjuangannya di pentas antarabangsa. Namun, dengan perkongsian terbaru yang mencetus teka-teki ini, ramai tertanya-tanya sama ada hati Irma kini sudah kembali terisi, atau sekadar mengusik perhatian peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

irma hasmie
https://lomp.at/ohno3
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem