Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Saya Tak Pernah Izin, Tapi Muka dan Suara Saya Dijual!” – TokTi Dedah Jadi Mangsa Penipuan AI, Siap Sedia Saman

by Puteri Alia
June 18, 2025
Share on Facebook

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila wajah serta suaranya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan kandungan pengiklanan yang bersifat penipuan. Penyalahgunaan tersebut bukan sahaja menjejaskan imej dirinya, tetapi turut memperdaya orang ramai yang mempercayai kandungan tersebut sahih.

Siti menegaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan sebarang kebenaran, apatah lagi terlibat secara langsung dalam sebarang bentuk pengiklanan atau promosi produk yang menggunakan wajah dan suaranya tanpa izin. “Saya ingin menegaskan tidak pernah terbabit, memberikan kebenaran atau menyokong sebarang penggunaan suara, imej atau video dalam sebarang bentuk iklan, produk atau kandungan bersifat penipuan, ‘scam’ atau tidak sah,” katanya dengan tegas.

Menurut penyanyi tersohor itu, kandungan palsu yang dimanipulasi menggunakan teknologi AI telah pun berleluasa sejak sekian lama dan berulang-ulang, bukan sahaja menimpa dirinya, tetapi turut melibatkan ramai selebriti lain, baik dalam mahupun luar negara. Siti menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak beretika dan bertentangan dengan nilai kejujuran serta tanggungjawab yang seharusnya menjadi tunjang kepada penggunaan teknologi moden.

Beliau turut menekankan bahawa tindakan memalsukan suara dan wajah seseorang individu tanpa izin, lebih-lebih lagi untuk tujuan menipu, adalah satu bentuk pencerobohan privasi yang serius. “Saya kecewa apabila ada pihak yang menyalahgunakan teknologi seperti AI meniru suara dan wajah saya tanpa izin, lebih lagi, digunakan untuk memperdaya orang ramai,” luahnya.

Mengulas lanjut, Siti memaklumkan bahawa beliau kini sedang meneliti kandungan tersebut secara terperinci dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya penyalahgunaan terus berlaku. Beliau turut menyeru kepada peminat dan masyarakat agar berhati-hati, tidak mudah terpedaya serta melaporkan kandungan palsu itu kepada pihak berkuasa. “Saya minta peminat dan masyarakat tidak berkongsi kandungan sebegitu dan laporkan kepada pihak berkuasa atau saluran berkaitan. Ini bukan sahaja soal nama saya, tetapi soal keselamatan dan privasi,” tambahnya.

[VIDEO] Gelagat Anak Siti Nurhaliza, Afwa Tutup Lampu Buat Ramai Terkejut!

Terdahulu, tular sebuah video iklan produk kecantikan yang menampilkan Siti seolah-olah sedang mempromosikan produk tersebut. Namun, video berkenaan sebenarnya telah disunting menggunakan AI tanpa kebenarannya, sekali gus membangkitkan kemarahan peminat serta menimbulkan keresahan tentang sejauh mana teknologi boleh disalah guna demi kepentingan pihak tertentu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

AIdatuk seri siti nurhalizasiti nurhalizatokti
https://lomp.at/kpm6f
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem