Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

[FOTO] Rumah 5 Selebriti Bollywood Yang Mewah, Paling Kaya & Seperti Istana!

by Soph Azz
June 19, 2025
Foto - News 18

Foto - News 18

Share on Facebook

Kalau kamu nak tahu, Mumbai yang terletak di India merupakan sebuah kota yang menempatkan pelbagai studio filem, rumah produksi yang terbesar dan juga kediaman para selebriti terkenal.

Jika pernah mengunjungi Mumbai, kamu dapat melihat betapa banyaknya rumah tersergam indah yang menjadi bukti kejayaan selebriti Bollywood. Kebanyakan rumah mereka bagaikan istana moden yang bukan sahaja pamerkan keindahan seni bina tetapi kekayaan mereka yang luar biasa.

Nak tahu rumah selebriti Bollywood manakah yang mewah, paling kaya dan bagaikan istana di Mumbai, India? Scroll untuk lihat di bawah!

1. Raj Kapoor 

Vila Krishna Raj yang terletak di Chembur adalah milik aktor Raj Kapoor. Dibina oleh Raj pada 77 tahun yang lalu, vila ini mempamerkan seni bina era kolonial yang hebat dengan beranda yang luas, tangga kayu yang rumit dan laman yang luas.

Foto – Bollywood Shaadis

Walaupun sudah bertahun-tahun lama telah mengalami pengubahsuaian, vila ini akhirnya diwariskan kepada Rishi Kapoor dan Neetu Kapoor pada tahun 1980. Ianya telah menjadi tempat untuk acara penting keluarga Kapoor termasuklah perkahwinan Rishi-Neetu yang tidak dapat dilupakan.

2. Akshay Kumar 

Sangat kaya, Akshay Kumar tinggal di Prime Beach, Juhu yang mempunyai pemandangan Laut Arab menakjubkan. Hartanah mewahnya itu bernilai sekitar Rs. 80 crore (RM 39,382,608) adalah dupleks yang direka oleh isterinya, Twinkle Khanna.

Foto – Bollywood Shaadis / Pinterest

Kediamannya turut dilengkapi dengan kemudahan alat kecergasan dan seni mempertahankan diri serta ruang yang cukup luas untuk berkumpul bersama keluarga dan melakukan aktiviti.

3. Hrithik Roshan 

Menetap di sebuah kediaman mewah di Juhu, penHrithik Roshan menggabungkan unsur gaya moden dan klasik, dengan mempamerkan deria estetiknya.

Foto – GQ India

Pada Oktober 2020, rumahnya itu bernilai Rs 97.50 crore (RM 47,997,553.50) dilengkapi dengan tiga tingkat dengan keluasan 38,000 kaki persegi bersama teres langit di tingkat 16 sekitar 6,500 kaki persegi. Selain itu, dia juga membeli sebuah unit lagi di tingkat 14 dengan harga Rs. 30 crore (RM 14,768,478).

Jemput Rekha Ke Rumah, Ini Amaran Keras Jaya Bachchan Tentang Amitabh- “Dia…”

4. Shah Rukh Khan 

Shah Rukh Khan (SRK) yang dikenali sebagai King of Bollywood, tinggal di kediaman ikonik yang dipanggil sebagai ‘Mannat’. Terletak di Bandra, kawasan mewah di Mumbai, rumah SRK mempunyai pemandangan langsung ke Laut Arab.

Foto – Index Tap / LLB

Menjangkau enam tingkat, banglo SRK menampilkan reka bentuk neoklasik dengan gabungan unsur kotemporari dan klasik telah direka oleh isterinya sendiri iaitu Gauri Khan. Anggaran nilai rumah Mannat sekitar Rs. 200 crore (RM 98,456,520) dan kini banglo mewah SRK sedang direnovasi.

5. Amitabh Bachchan 

Amitabh Bachchan merupakan pemilik Jalsa, iaitu salah satu rumah agam yang terkenal di Mumbai. Terletak di Juhu, banglo dua tingkat ini menampilkan reka bentuk tradisional India dan dikelilingi landskap indah di tengah-tengah kesibukan kota India.

Foto – Times Property

Rumah seluas 10,125 kaki persegi ini mempunyai ruang tamu, bilik tidur, tempat suci peribadi, halaman yang subur dan teres yang damai, gimnasium, pejabat rumah dan perpustakaan. Anggaran nilainya sekitar Rs. 100 crore (RM 49,2258,260).

Psst… Cuba kongsi dengan Murai, rumah selebriti manakah yang kamu suka?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Akshay KumarAmitabh BachchanGauri KhanHrithik Roshanmannat shah rukh khanraj kapoorshah rukh khan
https://lomp.at/92jjb
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem