Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Telefon Gaming Terhebat 2025? REDMAGIC 10S Pro Mula Dijual Serendah RM3,199

by Phic ARMAN
June 19, 2025
Share on Facebook

Kalau anda jenis yang memang hidup tak boleh lekang dengan game, berita ni confirm buat anda senyum lebar. REDMAGIC, jenama yang memang sudah lama sinonim dengan teknologi gaming mudah alih, baru sahaja lancarkan telefon pintar mercu terbaharu mereka. REDMAGIC 10S Pro. Dan MURAI boleh cakap, ini bukan sekadar telefon biasa. Ini mesin gaming sebenar dalam saiz poket!

MURAI sendiri teruja bila tengok spesifikasi telefon ni. Di dalamnya, tersimpan kuasa Snapdragon 8 Elite Leading Version,  cipset paling canggih dari Qualcomm setakat ini. Ia digandingkan pula dengan RAM sampai 24GB dan storan 1TB, macam bawa satu PC gaming dalam tangan. Mana taknya, dengan kombinasi ni, anda boleh main apa saja game berat dengan grafik ultra tanpa sebarang lag. Dan kalau jenis yang suka multitasking, buka game sambil scroll media sosial atau rakam gameplay, semua tu tak jadi masalah langsung.

Apa yang MURAI suka, REDMAGIC 10S Pro bukan sekadar laju, dia juga bijak. Cip tambahan RedCore R3 Pro bantu uruskan segala tugasan gaming dengan lebih efisien, dari grafik hinggalah respons kawalan. Malah, grafik pun nampak lebih tajam dengan teknologi super-resolution, dan anda boleh capai sampai 120FPS kalau main game yang support!

Skrin pula? Fuh. Paparan 144Hz tanpa takuk, confirm buat pengalaman main game rasa lagi immersive. Anda boleh fokus sepenuhnya tanpa gangguan, dan gerakan dalam game pun nampak super smooth.

Bateri pun bukan biasa-biasa, 7,050mAh dengan pengecasan pantas 80W. Tak kisahlah anda main game sepanjang hari ke, streaming video ke, atau guna untuk kerja, telefon ni memang tahan lama. Bila bateri hampir habis pun, tak perlu tunggu lama sebab pengecasannya sangat laju.

Satu lagi yang menarik, REDMAGIC 10S Pro ni dah siap sedia dengan Android 15, dan ada integrasi Google Gemini, jadi pengalaman keseluruhan lebih lancar, responsif dan… pandai!

Apa yang MURAI boleh katakan, REDMAGIC 10S Pro memang dibina khusus untuk anda yang serius dalam dunia gaming mudah alih. Reka bentuk dia pun nampak ganas, moden dan penuh identiti gamer sejati. Kalau anda tengah cari telefon yang bukan saja berkuasa, tapi juga faham jiwa gamer, REDMAGIC 10S Pro adalah jawapannya. Sekali dah pegang, confirm susah nak lepas.

REDMAGIC 10S Pro ditawarkan dalam tiga varian menarik,  model Nightfall (12GB RAM + 256GB storan) berharga RM3,999, tapi dengan tawaran awal anda boleh dapatkannya pada hanya RM3,199 (diskaun RM800). Untuk varian Moonlight atau Dusk (16GB + 512GB), harga asal ialah RM4,899, kini ditawarkan pada RM3,999 (diskaun RM900). Manakala varian paling tinggi, Moonlight atau Dusk (24GB + 1TB) pula dijual pada harga asal RM5,999, dan boleh dimiliki dengan harga promosi RM4,999 (diskaun RM1,000) semasa tempoh pelancaran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

RedCore R3 ProREDMAGICREDMAGIC 10S ProSnapdragon 8 Elite Leading Version
https://lomp.at/irf50
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem