Syarikat produksi tempatan, Tanahair Films Sdn. Bhd., bakal menganjurkan Konsert Legasi P. Ramlee pada Sabtu, 20 September 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Pernghargaan Legasi Seniman Tanah Air
Diterajui oleh Dato’ Khairul Anwar Salleh dan Adlin Aman Ramlie, konsert ini merupakan sebahagian daripada inisiatif besar ‘Projek Perdana P. Ramlee’, sebagai penghargaan terhadap legasi seniman agung tanah air.
Konsert ini menampilkan gabungan muzik klasik, kontemporari dan popular dengan gaya persembahan yang teatrikal dan sinematik.
Ia bukan sekadar persembahan hiburan, tetapi juga usaha mengangkat semula martabat seni Melayu lama kepada generasi baru.
Nama-Nama Besar Turut Terlibat

Empat nama besar muzik tanah air — Dato’ Ramli MS, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap dan Michael Veerapen — akan memimpin 60 pemuzik orkestra dalam menghidupkan lebih 30 karya agung P. Ramlee dalam susunan medley, solo dan duet yang segar namun masih menghormati keaslian.
Barisan artis terlibat termasuklah Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Zainalabidin, Ella, MimiFly, Nadeera dan Liza Hanim, yang bakal menzahirkan penghormatan mereka kepada P. Ramlee menerusi persembahan unik masing-masing.
Konsert ini turut menampilkan tiga ‘impersonator’ P. Ramlee — P. Radhi, Danie Hasbullah dan Musly Ramlee — yang akan membawa penonton menyusuri era nostalgia melalui penampilan suara dan gaya seniman agung tersebut.
Merupakan Jambatan Antara Generasi

Menurut Dato’ Khairul, konsert ini adalah “jambatan antara generasi”, manakala Adlin menegaskan ia bakal menghidupkan semula roh seni Tan Sri P. Ramlee dalam bentuk moden dan menyentuh emosi.
Tiket mula dijual pada 27 Jun 2025 di www.ticket2u.com.my. Ikuti maklumat lanjut di media sosial rasmi @konsertlegasipramlee, @TanahAirFilms dan @legasipodcast.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam penuh penghargaan kepada ikon seni negara!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.