Co-star (atau pelakon bersama) Shah Rukh Khan daripada filem ‘Raju Ban Gaya Gentleman’, Ayesha Khan ditemui meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Karachi.
Pelakon veteran Pakistan itu ditemui beberapa hari selepas kematiannya. Dia dilaporkan meninggal dunia pada 19 Jun 2025 akibat masalah kesihatan pada usia 76 tahun.

Kematiannya diketahui apabila pihak berkuasa telah dimaklumkan oleh jiran pelakon itu selepas mereka terhidu bau yang sangat busuk dari apartmen tempat Ayesha tinggal.
Petunjuk awal dalam siasatan polis, menunjukkan Ayesha telah tinggal bersendirian selama beberapa tahun dan mempunyai interaksi terhad dengan dunia luar.

Walaupun kematian tragisnya mengejutkan orang ramai, ketiadaan mana-mana ahli keluarga dalam hidupnya turut menjadi kebimbangan penduduk sekitar, terutamanya selepas mayatnya ditemui tujuh hari selepas kematiannya.
“Menurut maklumat Pegawai Rumah Balai, dia (Ayesha) meninggal dunia secara semula jadi. Dia dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut. Kami sedang menunggu anak pelakon itu. Sehingga itu, mayat akan disimpan di bilik mayat”, kongsi Pakar Bedah Polis Karachi, Dr, Summaiya Syed.

Sekadar info untuk kamu, Ayesha Khan terkenal dengan beberapa filem Pakistannya seperti ‘Aakhri Chattan’, ‘Tipu Sultan: The Tiger Lord’, ‘Dehleez’, ‘Darare’, ‘Bol Meri Machli’ dan ‘Ek Aur Aasman’.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.