Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Terbongkar! Kajol Dedah Apa Yang Dia Tidak Suka Tentang Shah Rukh Khan

by Soph Azz
June 24, 2025
Foto - Evening Standard

Foto - Evening Standard

Share on Facebook

Setelah bertahun-tahun menjadi pasangan dalam filem Bollywood dan rakan baik dalam dunia realiti, akhirnya Kajol tampil mendedahkan satu perkara yang dia tidak suka tentang Shah Rukh Khan (SRK).

Dalam salah satu temu bual bersama media, Mashable India, aktres itu ditanya mengenai persahabatannya dengan SRK dan juga ditanya tentang apa yang dia suka-tidak suka tentang aktor itu.

Foto – Vocal Media

Tanpa berlengah, Kajol berkata dia tidak menyukai tabiat aktor itu yang suka menghadal semua dialog dan skrip dalam sesebuah filem.

“Apa yang saya tidak suka dan saya dapati sangat merimaskan tentang dia (SRK), adalah hakikat bahawa apabila dia datang ke set, dia tahu baris setiap seorang. Jika kita melakukan adegan tiga muka surat, dia akan menghafal ketiga-tiga muka surat itu. Dia tahu bari saya, barisnya sendiri dan baris orang ketiga.”

Foto – Wikipedia

Walaupun dia berkawan baik dengan SRK, Kajol mengatakan tabiat aktor itu menjengkelkannya. Tetapi kalau dilihat dari sudut positif, hafalan SRK itu sedikit sebanyak membantu dirinya dan juga pelakon lain untuk tidak membuat salah di set penggambaran.

Foto – Liputan 6

Selain itu, Kajol juga mendedahkan bahawa dia bukanlah seseorang yang gemar mengirim mesej kepada SRK. Tetapi jika ada kecemasan, SRK akan menjawab panggilannya walaupun pada jam 3 pagi.

“Saya tahu bahawa jika saya hubunginya pada jam 3 pagi, dia akan mengangkat panggilan saya. Tetapi saya tidaklah menghantar mesej kepadanya setiap hari, mengucapkan “Selamat pagi”, atau menghantar gambar bunga kepadanya. Saya fikir dia akan menikam saya dengan garfu jika saya berbuat demikian.”

Kajol dan Shah Rukh Khan bersahabat baik dalam dunia realiti dan mereka juga sering membintangi filem bersama seperti, ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’, ‘My Name Is Khan’, ‘Kuch Kuch Hota Hai’ hingga ‘Dilwale’.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

kajolshah rukh khanSRK
https://lomp.at/wxnes
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem