Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

[VIDEO] Reaksi El Rumi Dengar Doa Bapanya Buat Netizen Terhibur- “Lebih-Lebih Lagi Akhlak El”

by Soph Azz
June 24, 2025
Foto - Liputan 6 / Okezone Celebrity

Foto - Liputan 6 / Okezone Celebrity

Share on Facebook

Tular kembali sebuah rakaman video yang memaparkan Ahmad Dhani di belakang pentas, sedang berdoa bersama ahli kumpulannya, Dewa 19 sebelum mereka membuat persembahan. Dalam video tersebut, anak kedua Dhani, El Rumi turut hadir bersama kekasihnya, Syifa Hadju.

Keunikan bacaan doa daripada Dhani sangat terperinci. Bermula daripada memuji kebesaran Allah S.W.T. hingga mendoakan kesejahteraan umat Islam bebas daripada penyakit, Dhani juga tidak lupa untuk menyelitkan doa untuk anak keduanya itu.

Foto – @rumiivibes (TikTok)

Dalam doa tersebut, Dhani menegaskan daripada ketiga-tiga anaknya, akhlak yang betul-betul perlu diperbaiki ialah akhlak El Rumi.

“Dan perbaiki akhlak anak-anak kita, Aamiin. Lebih-lebih lagi akhlak El. Aamiin, aamiin Ya Allah”.

@rumiivibes

hahaha “terutama akhlaknya EL” , aamiin nya paling kenceng 😭🤣 #elrumi #elrumifans #ahmaddhani

♬ suara asli – 𝐄𝐥 𝐑𝐮𝐦𝐢 𝐕𝐢𝐛𝐞𝐬 – El Rumi Vibes

Ketika didoakan oleh bapanya, kamera yang merakam ‘ritual’ doa itu terus merakam reaksi El. Seperti yang boleh dilihat dalam video yang tular itu, netizen terhibur melihat El yang terkejut. Walaupun dia cuba untuk kelihatan tenang, tetapi reaksinya yang ternganga dan terkejut dengan doa bapanya itu tidak boleh disembunyikan.

Foto – @rumiivibes (TikTok)

Malah Syifa yang berada di sisi El ketika itu turut memandang kekasihnya dan menahan ketawa mendengar doa Ahmad Dhani. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut merasakan hal yang sama seperti Syifa.

“Syifa: Akhlak awak kenapa El?”, komen @nreisahnusysaa.

“Memang dari Al-El-Dul, El lah yang buat kita geleng kepala, terutamanya bila roasting ayah”, komen @im.gonnaget.you

“Dhani: Saya akan balas sementara gadis itu ada di sini”, komen @cindyyyyyy.

“El: Doa ayah saya lain sikit”, komen @_sskprll.

“Anak nombor 2 memang lain kan?”, komen @htghrys.

Netizen mengesyaki bahawa doa Dhani itu mempunyai kaitan dengan sikap El yang mengkritik dan ‘roasting’ bapanya tentang kesetiaan di sebuah podcast Wendy Cagur. Ketika muncul dalam podcast itu, dia mengatakan dirinya seorang yang setia dan tidak mewarisi perwatakan bapanya.

Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ahmad dhaniDewa 19El Rumisyifa hadju
https://lomp.at/zw1fk
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem