Kalau kamu nak tahu, hubungan percintaan antara selebriti Bollywood adalah normal dan perkara biasa. Ramai di antara mereka bertemu di set penggambaran, kemudian menjadi rapat sehingga muncul bibit cinta dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta dalam kehidupan sebenar.
Tetapi kebanyakan kisah cinta mereka selalunya tidak berakhir dengan bahagia. Sama seperti apa yang ditunjukan dalam filem, ada hubungan yang mempunyai masalah sehingga akhirnya mereka berpisah.
Nak tahu hubungan selebriti Bollywood manakah yang tidak boleh bertahan lama dan berakhir menjadi tragis? Scroll untuk baca di bawah;
1. Sanjay Dutt & Madhuri Dixit
Pada tahun 90-an, Sanjay Dutt adalah salah seorang selebriti Bollywood yang paling popular dan ketika itu dia sering dikaitkan dengan Madhuri Dixit. Mereka berdua memang rapat dan mempunyai hubungan cinta yang indah.

Malangnya bapa Madhuri tidak merestui hubungan mereka kerana Sanjay ketika itu dikenali sebagai “Bad Boy” dan tidak lama kemudian dia dimasukkan ke dalam penjara. Semasa dipenjarakan, Madhuri berkahwin dengan Dr. Shiram Madhav Nene dan berpindah ke Amerika Syarikat.
2. Salman Khan & Aishwarya Rai
Salman Khan dan Aishwarya Rai menjalinkan hubungan selepas mereka bekerjasama dalam filem ‘Hum Dil De Chuke Sanam’. Kisah cinta popular mereka terpaksa ditamatkan kerana ibu bapa Aishwarya tidak direstui.

Naluri ibu bapa tidak pernah salah. Selepas beberapa ketika, Salman mendapati Salman bukanlah kekasih yang setia kerana aktor itu sring berlaku curang, obsesif dan juga panas baran. Walaupun beberapa kali cuba untuk putuskan hubungan, akhirnya Aishwarya bebas daripada Salman.
3. Shahid Kapoor & Kareena Kapoor
Perpisahan yang paling mengejutkan! Ramai yang tahu Kareena Kapoor sangat menyukai Shahid Kapoor dan bagaimana dia telah membuat langkah pertama untuk mendekati aktor itu. Tetapi selepas 4 tahun bercinta, hubungan mereka mula retak kerana khabar angin hubungan sulit di set penggambaran.

Khabar angin itu melibatkan Kareena yang didakwa menjalinkan hubungan dengan Saif Ali Khan semasa penggambaran ‘Tashan’. Manakala Shahid juga didakwa mendekati rakan sekerjanya, Vidya Balan. Hubungan mereka berakhir selepas Kareena menuduh Shahid curang.
4. Abhishek Bachchan & Karisma Kapoor
Sebelum berkahwin dengan Aishwarya Rai, Abhishek Bachchan telah bertunang dengan Karisma Kapoor. Namun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila keluarga kedua-dua belah pihak masuk campur.

Terdapat beberapa khabar angin mengenai pembatalan pertunangan pasangan ini, termasuklah Karisma tidak dibenarkan untuk bekerja selepas berkahwin, Karisma perlu tinggal di rumah ibu bapa Abhishek selepas berkahwin dan Karisma telah mendekati anak salah seorang ahli perniagaan terkaya di India.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.