Nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe sebelum ini menjadi bualan ramai selepas mendedahkan dirinya yang mengalami jangkitan virus Herpes.
Kongsi Kieda menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan dirinya ketika mendapatkan rawatan bersama doktor di sebuah pusat perubatan.
Malah Kieda sempat berpendapat punca jangkitan virus yang dialami adalah disebabkan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.
“Kieda terkena Virus Herpes, nampak macam Chalie, tapi bukan.
Bibir saya naik biji-biji. Yang ni penyakit kelamin kan? Saya terkena Virus Herpes. Yang ni penyakit kelamin kan? Saya rasa ‘telur’ dia masam. Sebab cium-cium kan.”-kata Kieda Crepe di TikTok
@
“Konten Sekadar Hiburan Bukan Realiti…”
Terkini, suami kepada Kieda Crepe tampil membalas komen salah seorang netizen yang memintanya untuk menasihati isteri disebabkan kenyataan tersebut.
Jelas Hilmi, apa yang dikatakan oleh isterinya itu hanyalah sekadar konten hiburan semata-mata.
“Mau dok relax la bini aku buat apa, yang hang gelabah sangat ni. Konten sekadar hiburan bukan realiti, come on la 2025 dah. Apa yang aku nasihat netizen. Kapsyen aku terpulang la nak letak apa. Bukan aku buat salah apa pun.”-balas suami Kieda Crepe
Undang Pelbagai Reaksi Netizen!
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang turut menitipkan nasihat mengenai dosa seorang suami yang tidak menegur isteri kerana membuka aib suaminya sendiri.
“Kalau suami pun tak malu isteri gurau macam tu. Kita sebagai nurtizen tak boleh buat apa.”
“Boleh cuba ekstrak sirih untuk masalah kemasaman anda.”
“Betul jadi orang baik walaupun tidak dilayan dengan baik. Tapi, berdosanya seorang suami tidak menegur seorang isteri keluarkan aib suami. Hal rumah tangga tidak perlu diuar-uarkan, hanya isteri saja yang tahu. Orang yang ada iman tidak mengaibkan suami sendiri walaupun hanya sekadar untuk bergurau.”
“Didiklah baik-baik untuk menghormati.”
“Tak suruh bini buat video permohonan maaf ke? Eh lupa, bini kan terpaling semua.”
@amykiedamerchadise Jadilah orang baik walaupun tidak dilayan baik , kerana hidup hanyalah sementara dan akan berakhir dengan kematian . 🔥 @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.