Wednesday, August 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Automotif

Isi Minyak Kini Boleh Dibayar Terus Dalam Aplikasi TNG eWallet dan Setel

by Phic ARMAN
June 23, 2025
134
KONGSIAN
Share on Facebook

Bayangkan satu hari yang sibuk. Baru balik dari kerja, trafik sesak, badan letih, dan tiba-tiba minyak kereta tinggal satu bar. Kalau boleh, memang tidak mahu keluar dari kereta langsung. Sekarang, ada berita baik yang ingin kami kongsikan dengan anda. Satu kerjasama baharu yang bakal memudahkan hidup ramai rakyat Malaysia, terutama waktu mengisi minyak.

Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) telah menjalin kerjasama strategik bersama TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). Hasilnya? Anda kini boleh pam dan bayar minyak terus menggunakan TNG eWallet tanpa perlu keluar dari kereta atau memuat turun aplikasi tambahan. Menarik, bukan?

Ciri ini sudah tersedia di lebih 1,000 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara, dan boleh diakses terus melalui program mini ‘PETRONAS via Setel’ dalam aplikasi TNG eWallet. Dengan hanya beberapa sentuhan di skrin, minyak boleh diisi dengan mudah. Ringkas, selamat dan menjimatkan masa.

Sempena pelancaran ini, ganjaran istimewa bernilai RM5 dalam bentuk mata ganjaran Mesra Rewards akan diberikan untuk 50,000 transaksi pertama yang layak melalui program mini dalam aplikasi TNG eWallet. Promosi ini terbuka kepada pengguna baharu Setel dan Mesra Rewards, serta pengguna sedia ada yang menghubungkan ID Mesra mereka ke akaun Setel buat kali pertama.

Selain itu, anda juga akan menerima mata ganjaran GOrewards TNG eWallet untuk setiap transaksi yang dilakukan melalui program mini ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

Kerjasama ini mencerminkan usaha bersama Setel dan TNG Digital untuk menjadikan rutin harian lebih mudah, pantas dan bermanfaat. Integrasi pengisian minyak, pembayaran digital dan ganjaran dalam satu platform yang menyeluruh menjadikan pengalaman pengguna lebih lancar dan menyeronokkan.

Jadi, selepas ini apabila anda berhenti di stesen PETRONAS, cuba buka TNG eWallet. Tekan, pam, bayar dan siap.

petronasSETELTNG Digital Sdn Bhd (TNGD)
https://lomp.at/h0yzx
Share54Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem