Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Awak Terlalu Baik… Terhutang Budi Banyak Sangat Dah”– Syed Saddiq Curi Hati Bella, Netizen Desak Halalkan Cinta

by Puteri Alia
June 23, 2025
Share on Facebook

Kehadiran Bella Astillah di acara Powerman Malaysia 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya kelmarin kembali mencetuskan tanda tanya mengenai status hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, tidak sekadar hadir sebagai penonton biasa, sebaliknya dilihat memberi sokongan padu kepada Saddiq yang bertanding dalam acara berprestij itu. Lebih menarik perhatian, Bella turut memuat naik beberapa keping foto di lokasi acara sambil menyampaikan kata-kata penghargaan yang penuh makna terhadap Saddiq.

Dalam kapsyen yang ditulis, Bella menyifatkan Saddiq sebagai seorang yang memiliki dedikasi luar biasa serta layak diberi pujian atas pencapaian dan semangatnya. Kata-kata manis seperti “berbangga dengan seseorang yang mungkin sendiri tak sedar betapa hebatnya dia” bukan sahaja mengundang pelbagai reaksi netizen, malah menjadi pemangkin kepada spekulasi bahawa hubungan mereka mungkin lebih daripada sekadar sahabat.

Lebih membuatkan peminat tak senang duduk adalah apabila Saddiq membalas secara terbuka dengan ucapan penuh emosi dan penghargaan kepada ibu dua anak itu. Saddiq yang kini berusia 32 tahun mengakui sangat terhutang budi dan menyifatkan Bella sebagai insan yang terlalu baik. Ucapannya “Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya. Awak terlalu baik. Terhutang budi (banyak sangat dah)” seolah-olah membuka ruang untuk peminat terus berfantasi.

Ruang komen turut dibanjiri dengan permintaan lucu tetapi serius daripada netizen yang menyuruh Saddiq agar segera memperisterikan Bella. Ada yang berseloroh bahawa jika benar terhutang budi, maka balaslah dengan akad nikah. Tidak kurang juga yang mengingatkan bahawa bunga sudah diberi, hanya tinggal mas kahwin sahaja sebagai pelengkap. Gandingan dua figura ini malah sudah memiliki nama ‘rasmi’ yang tular iaitu ‘BASS’, gabungan nama Bella dan Saddiq, yang bukan sahaja trending di Malaysia tetapi turut mendapat perhatian warganet di Korea Selatan.

Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-"Hanya Kerja, Bukan Cinta"

Sebelum ini, mereka pernah muncul bersama dalam kempen jenama pakaian tempatan dan kolaborasi video muzik Tapi Bukan Denganmu yang hanya menguatkan lagi hubungan istimewa yang terjalin antara mereka. Meskipun baik Bella mahupun Saddiq belum pernah mengesahkan secara terbuka mengenai status sebenar hubungan mereka, namun kedua-dua keluarga dilaporkan telah merestui sekiranya memang ada jodoh di antara mereka.

Fenomena Bella dan Saddiq terus menjadi bualan, dan netizen kini hanya menunggu masa untuk melihat sama ada ‘BASS till jannah’ bakal menjadi realiti atau sekadar kekal sebagai fantasi peminat yang terlalu berharap.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

BassBella Astillahsyed saddiq
https://lomp.at/i69c9
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem