Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “Saya Ada Taktik Baru” – Gelagat Ammar Tayang Iklan Datin, Elak Tunjuk Demo Cuit Hati Netizen

by Arsiqin Yusof
June 24, 2025
Share on Facebook

Semalam, satu sesi siaran langsung (live) di TikTok milik usahawan terkenal, Datin Shahida telah mencuri perhatian ramai apabila anak kepada Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida, iaitu Ammar Ahyan, mengambil alih untuk menjual set produk kecantikan milik D’Herbs itu. Namun, bukan sekadar promosi biasa, gelagat spontan Ammar telah mengundang tawa netizen di ruangan komen.

Dalam siaran tersebut, Ammar dilihat berusaha mempromosikan produk set kecantikan dengan penuh yakin dan bersahaja. Namun, apabila netizen mula membanjiri ruangan komen dengan permintaan supaya beliau menunjukkan demo cara pemakaian produk. Ammar yang masih baru dalam dunia usahawan kelihatan penat dan buntu kerana dia tidak mahu mengulang semula apa yang telah dipromosikannya sebelum ini. 

“Saya ada taktik baru, sabar jap saya tunjuk demo”

Sebagai ganti kepada demo secara langsung, Ammar memilih untuk menayang video iklan yang memaparkan ibunya, Datin Shahida menunjukkan cara penggunaan produk tersebut. Tindakannya itu jelas satu usaha bijak untuk mengelak daripada terpaksa mengulang dan mengoles produk pada wajahnya sendiri.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/video6255992910303467542.mp4

“Work Smart Not Hard!”

Reaksi spontan dan gaya bersahaja Ammar ternyata mencuit hati ramai. Rata-rata netizen memuji keyakinannya walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia ‘live selling’. Ada juga yang berseloroh mengatakan Ammar mewarisi bakat berniaga dan “talkative” daripada ayahnya, Dato’ Aliff Syukri.

“Comel la Ammar ni! Bijak dia cover line taknak demo terus,”

“Mana aci gini, orang nak tengok dia pakai haha”

“Panjang akal dia eh, betul introvert ni”

“Wei dia tunjuk iklan terus”

“Betul lah definisi work smart not hard”

Siaran live itu juga menjadi medan bagi Ammar menonjolkan sisi personalitinya yang gigih dan bersahaja, menjadikan suasana promosi lebih santai dan menyeronokkan. Walaupun tanpa demo secara langsung, promosi produk tetap berjalan lancar.

[VIDEO] "Nenek Kena Bodek Abah Untuk Kitorang" - Netizen Puji Keakraban Anak Aliff Syukri Dengan Bonda Rozita

Tindakan Ammar menunjukkan pelbagai cara boleh dilakukan dalam berniaga. Walaupun masih baru dalam bidang perniagaan namun dengan gaya tersendiri dan latihan dari keluarga usahawan yang berjaya, Ammar bakal menjadi wajah baharu dalam dunia bisnes dalam masa terdekat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

aliff syukriAmmar AhyanAnakproduk dherbsusahawan
https://lomp.at/njq2x
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem