Semalam, suasana menjadi meriah di TikTok apabila anak-anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida tampil membuat siaran langsung (live) bagi menjual produk set kecantikan keluaran keluarga mereka.
Menariknya, strategi pemasaran kali ini menyaksikan pembahagian tugasan antara dua beradik, Ammar Ahyan yang mengendalikan siaran di akaun TikTok milik Datin Seri Shahida, manakala adiknya Qadejah El Zahra, atau lebih dikenali sebagai Cess pula menguruskan siaran langsung di akaun TikTok Datuk Seri Aliff Syukri sendiri.
Langkah ini dipercayai bertujuan untuk meluaskan capaian audiens serta meningkatkan hasil jualan dengan memanfaatkan pengaruh kedua-dua ibu bapa mereka di platform tersebut.
Namun, suasana yang sepatutnya positif sedikit tercalar apabila ruangan komen siaran Qadejah dihujani perbandingan dengan abangnya. Ramai netizen dilihat membandingkan bilangan penonton dengan menyatakan bahawa akaun yang dikendalikan Ammar jauh lebih “laku”, mencatat lebih 8 ribu penonton, berbanding hanya sekitar 2 ribu penonton sahaja di siaran Qadejah.
“Kenapa ramai sangat tengok Ammar je? Cess tak ramai pun.”
“Ammar lagi best live dia, Cess slow je.”
“Sendu sini even Cess punya penyampaian meriah”
“Ammar nak dekat 10k dah kenapa sini 2k je”
“Ammar diam je dah 8k viewers, sini meriah 2k je”
“Saya Faham Semua Teruja, Tapi Ini Bukan Pertandingan…”
Tidak berdiam diri, Qadejah terus bersuara dan menegur netizen yang membanjiri ruangan komen membandingkan dirinya itu.
“Korang kena faham. Kita bukan pertandingan, perbandingan bagus tapi jangan melampau! Kami pun tengah menjual barang yang sama.” Tegur Qadejah secara langsung
Teguran Dipuji Netizen
Respon jujur itu mendapat sokongan sebahagian penonton yang menyeru agar netizen lebih bijak dalam memberikan komen, terutamanya apabila ia melibatkan ahli keluarga dan remaja yang sedang belajar berniaga. Resopn Qadejah juga mendapat pujian ramai kerana dilihat sangat profesional dalam menegur.
“Cess ada aura sendiri. Tak perlu nak banding-bandingkan adik-beradik.”
“Let the girl shine in her own way. Tak semua orang jenis over-energetic depan kamera.”
“Tak perlu kot nak banding, bukan bersaing dorang tolong mak ayah dorang”
“Korang menyakitkan hati lah kenapa nak bandingkan dengan abang dia”
“Betul, jual barang yang sama, syarikat yang sama, kenapa nak banding”
“Bagus lah Qadejah ni, terus cakap tak direct tak sama macam ayah dia”
“Kecil lagi but she manage it in professional way, bagus Cess”
“Saya Tak Kisah Live Sendu Yang Penting Duit Masuk!”
Menyambung semula teguran buat netizen, dia menyatakan bahawa live sendu pun tidak mengapa asalkan objektifnya untuk menjual pada malam itu peroleh keuntungan.
Fenomena ini mengingatkan kita bahawa setiap individu punya kelebihan tersendiri dan dalam dunia media sosial yang penuh tekanan angka serta penilaian pantas, perbandingan yang tidak sensitif boleh membawa kesan emosi yang besar terutamanya kepada remaja yang masih membina keyakinan diri.
Semoga Ammar dan Qadejah terus maju dalam dunia perniagaan keluarga dan netizen pula lebih peka dalam memberikan kritikan membina, bukan menjatuhkan semangat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.