Thursday, August 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Krisdayanti & Keluarga Bertandang Ke Rumah, Gelagat Afwa Buat Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
June 25, 2025
246
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kunjungan penyanyi terkenal Indonesia yang juga sahabat karibnya, Krisdayanti ke kediamannya selepas mengadakan Konsert Cinta Nostalgia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Siti di Instagram turut memaparkan Krisdayanti sekeluarga termasuklah anak perempuannya, Ariannha Amora Lemos dan Aurel Hermansyah bersama suami, Atta Halilintar bersama kedua-dua anak mereka, Ameena dan Azura.

“Persahabatan hampir 30 tahun, mengenali sosok @krisdayantilemos dari zaman awal saya menjadi artis dan silaturahim kami terjalin baik sehingga kini. Kami tidak selalu bertemu, namun sering curhat dan bertanya perkembangan masing-masing sama ada dalam kehidupan atau kerjaya.

Terima kasih @krisdayantilemos kerana sudi bertandang ke rumah saya dengan anak-anak, menantu dan juga 2 cucu tersayang. @aurelie.hermansyah @attahalilintar terima kasih sudah hadir ke rumah tante ☺️.”-kongsi Siti di Instagram

“Persahabat Terkeren Dua Diva Indonesia Malaysia..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia dan Indonesia berkongsi rasa teruja melihat keakraban Siti dan Krisdayanti, malah ramai yang turut terhibur melihat gelagat Afwa apabila Krisdayanti yang mencium tangannya ketika bertandang di kediaman Siti.

“Hehe comel KD cium tangan Afwa, happy sangat tu. Saya pun pernah jadi macam ni 🤣🥰.”

“Dua diva idola. Sehat dan bahagia selalu buat Tok Ti dan Mimi KD.”

“Assalamualaikum bunda 🥰, salam dari Indonesia.”

“Susahnya cari sahabat yang sama-sama setia macam ni.”

“Jangan main-main dengan Afwa, KD cium tangan dia aww. rare! 😂😂.”

“Artis ni nampak muda selalu ya macam anak-anak dara je. Kita yang umur muda dari diorang pun lagi nampak tua 😂😂.”

“MasyaAllah, Datuk Siti Nurhaliza awet banget cantiknya, awet muda.”

“Persahabatan terkeren dua diva Indonesia Malaysia Siti Nurhaliza Krisdayanti, sahabat dunia akhirat bahagia sukses segala-galanya.”

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Apa komen anda?

[VIDEO] Krisdayanti Sekeluarga Berkunjung Ke Rumah Siti Nurhaliza, Buatkan Netizen Teruja!
datuk seri siti nurhalizakrisdayantisiti nurhaliza
https://lomp.at/blfom
Share98Tweet62SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem