Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

UNIQLO & Taylor’s International School Puchong Jalani Kempen Kutipan Pakaian Terpakaian Untuk Belia Pelarian

by Naddy Joe
June 26, 2025
Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO berkolaborasi dengan Taylor’s International School Puchong, dalam satu outreach program yang direka untuk mencetuskan penglibatan belia dan jangkauan komuniti melalui Power of Clothing.

Power of Clothing adalah inisiatif global oleh UNIQLO yang meneroka bagaimana pakaian boleh melakukan lebih daripada memenuhi keperluan asas, tetapi juga melindungi maruah, mempromosikan kelestarian, dan mewujudkan perubahan positif dalam masyarakat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen UNIQLO terhadap kemampanan dan tanggungjawab sosial, program ini menyatukan pelajar dan pendidik dalam pengalaman pembelajaran interaktif yang berfokus pada impak pakaian, daripada mengurangkan sisa kepada menyokong komuniti yang terdedah.

Projek Power of Clothing dibangunkan sebagai respon kepada isu praktikal yang sering diabaikan, pakaian kanak-kanak adalah item yang paling diperlukan dalam komuniti pelarian, namun jarang didermakan dalam jumlah yang mencukupi.

Dengan menggalakkan pelajar menderma pakaian terpakai yang masih elok, projek ini membantu memastikan kanak-kanak pelarian menerima pakaian yang sesuai, sambil menunjukkan kepada pelajar muda bagaimana tindakan kecil ini pun boleh menyumbang kepada masyarakat yang lebih inklusif dan penuh belas kasihan.

Dua sesi bengkel telah diadakan pada 23 dan 27 Mei lalu, dipimpin oleh pasukan Kemampanan UNIQLO Malaysia dan staf UNIQLO Mid Valley Megamall. Ketika sesi-sesi ini berlangsung, lebih dari 1,400 pelajar dari sekolah rendah dan menengah terlibat dalam aktiviti dan perbincangan mengenai kitaran hidup pakaian, kepentingan ekonomi kitaran, dan bagaimana pilihan harian dapat mewujudkan masa depan yang lebih baik.

Untuk menjadikan pembelajaran kepada tindakan, pelajar melancarkan kempen kutipan pakaian selama dua minggu yang telah mengumpul kira-kira 5,000 helai pakaian untuk menyokong golongan muda yang memerlukan.

Inisiatif ini mencapai kemuncaknya dengan acara sumbangan pada 19 Jun, di mana pelajar pelarian dari Sekolah Komuniti Rohignya telah disambut ke kampus untuk aktiviti seharian dengan aktiviti yang dipimpi oleh pelajar menjelang Hari Pelarian Sedunia.

Penyertaan mereka turut dilakukan dengan sokongan Malaysia Relief Agency (MRA), yang memudahkan lawatan dan penglibatan mereka dengan pelajar.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kemampanan UNIQLO Malaysia, anda boleh layari laman web UNIQLO.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

uniqlo malaysia
https://lomp.at/fs8jm
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    UNIQLO & Taylor’s International School Puchong Jalani Kempen Kutipan Pakaian Terpakaian Untuk Belia Pelarian

  4. 4

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem