Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “Jangan Jatuhkan Maruah Abah Sebagai Artis Dan Datuk Seri!” – Aliff Syukri Menyakat Anak, Cuit Hati Netizen

by Arsiqin Yusof
June 26, 2025
Share on Facebook

Usahawan sensasi yang sering mencuri perhatian, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mengundang gelak tawa netizen apabila memuat naik satu video menyakat anaknya di platform media sosial miliknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Aliff Syukri kelihatan sedang melakukan siaran langsung untuk jualan produknya. Namun suasana menjadi lucu apabila Aliff Syukri kentut lalu menuduh anaknya secara spontan. Reaksi Ammar yang cuba untuk menjelaskan situasinya mencuit hati netizen.

“Kenapa kentut depan orang, kalau nak kentut jangan bersepah, tak nak kawan!” kata Aliff Syukri

@dherbs.official

Kesian Ammar yang dapat nama 😂😂😂 Aliff Syukri taknak mengaku #smell #fyp #funny #kelakar #lucu_ngakak🤣 #lucu #funny #funnyvideos #foryou #foryoupage #datoaliffsyukri #ammarahyan

♬ bunyi asal – D’herbs Official – D’herbs Official

“Tolong jangan jatuhkan maruah abah sebagai seorang artis dan juga Datuk Seri” Seloroh Aliff Syukri

Walaupun nadanya kedengaran tegas, namun gaya penyampaiannya jelas menunjukkan niat bergurau. Anaknya  pula kelihatan sudah biasa dengan perangai spontan Aliff Syukri dan hanya mampu tersenyum sambil membalas dengan nada selamba.

Netizen Terhibur

Video yang dimuat naik di Instagram itu pantas meraih ribuan tontonan dan komen dalam masa singkat. Ramai netizen terhibur dengan gelagat Aliff Syukri yang dilihat tidak pernah kering dengan idea untuk mencuit hati pengikutnya. Ramai juga yang mnegatakan bahawa identiti anak beranak itu seakan tertukar kerana kelihatan Ammar seperti seorang bapa yang melayan kerenah anak.

“Abah dia ni memang kelakar betul! Lepas satu, satu video lawak,”

“Dia yang kentut, dia pulak yang tak nak kawan”

“Saya pakai earbud, saya dengar bunyi kentut tu jelas dari sebelah kanan”

“”Syurga buat kau lah Ammar dapat ayah jenis gini”

“Sorry datuk, tapi kami lebih percayakan Ammar”

“Macam tertukar je karakter diorang ni”

Tidak kurang juga yang memuji cara Aliff Syukri mendekati anak-anaknya dengan penuh kasih sayang walaupun dalam bentuk gurauan. Malah, ada juga yang mengatakan pendekatan itu menunjukkan hubungan kekeluargaan mereka yang rapat dan terbuka.

Personaliti Yang Sentiasa Jadi Tumpuan

Datuk Seri Aliff Syukri memang dikenali dengan personalitinya yang lantang, ‘over the top’ dan sering tampil dengan video-video yang mencuri perhatian. Sama ada mengenai perniagaan, keluarga ataupun kehidupan peribadi, beliau bijak memanfaatkan media sosial sebagai medium hiburan dan pemasaran.

Walaupun kadangkala mengundang kontroversi, namun gaya bersahajanya tetap menjadikan beliau antara figura yang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan netizen Malaysia. Kini, namanya semakin melonjak naik kerana perkongsian beliau lebih ke arah positif dan memberi inspirasi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

aliff syukriAmmar Ahyanberniagalivetuduhan
https://lomp.at/y1d5v
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    [VIDEO] “Jangan Jatuhkan Maruah Abah Sebagai Artis Dan Datuk Seri!” – Aliff Syukri Menyakat Anak, Cuit Hati Netizen

  4. 4

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem