Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Takut Naik Kapal Terbang, Intan Najuwa Akui Overthinking Sampai Tak Berani Bawa Anak Bercuti

by Puteri Alia
June 26, 2025
Share on Facebook

Disebabkan masalah ‘overthinking’ yang melampau, pelakon Datin Intan Najuwa mengakui tidak berani untuk membawa anak perempuannya, Imane Lunara, melancong atau bercuti ke mana-mana destinasi buat masa ini. Menurut Intan, 28, kebimbangan terhadap keselamatan perjalanan, terutamanya menaiki kapal terbang, menjadi penghalang utama yang menguasai fikirannya. Tragedi-tragedi melibatkan kemalangan udara yang sering berlaku telah mencetuskan rasa takut yang berpanjangan dalam dirinya, terutama apabila memikirkan tentang keselamatan anaknya yang baru berusia enam bulan itu.

Menerusi satu hantaran di akaun Threads, Intan berkongsi bahawa perasaan cemasnya bukan sahaja timbul ketika hendak menaiki pesawat, malah perjalanan menaiki kereta juga turut mencetuskan ketakutan yang sama. Dia mengakui mengalami anxiety yang keterlaluan setiap kali terlintas untuk keluar bercuti bersama anaknya.

“Anxiety saya nak melancong dengan anak meningkat. Baik naik kereta atau kapal terbang, semuanya buat saya paranoid melampau. Risau macam-macam benda,” luah pelakon drama Racun Rihanna itu dengan jujur.

Namun begitu, suaminya yang juga seorang usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, sentiasa cuba menenangkan dan memberikan sokongan moral agar Intan lebih bertenang dalam menghadapi apa jua situasi. Kata Intan, walaupun tahu dirinya perlu lebih rasional, naluri sebagai seorang ibu membuatkan dia sukar menepis perasaan bimbang yang menyelubungi fikirannya.

“Suami suruh tenang sedikit. Beginilah jadi mak. Mungkin saya patut bertenang sedikit dan menikmati perjalanan, tidak terlalu berfikir banyak perkara,” tambahnya.

Sebelum ini, Intan juga memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur sahaja kerana tidak sanggup melihat anaknya melalui kesesakan lalu lintas yang teruk. Malah, dia turut mengelak untuk menaiki kapal terbang bersama anaknya kerana bimbang Imane akan tertekan dengan suasana bising dan sesak dalam pesawat.

"Kalau Tak Suka, Jangan Tengok Susu Ibu!"-Intan Najuwa Tegur Kecam Penyusuan Ibu di Media Sosial

Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara, pada 15 Disember tahun lalu. Kini bergelar ibu, Intan semakin berhati-hati dalam setiap keputusan yang melibatkan anaknya, namun mengakui masih dalam proses belajar menguruskan kebimbangan supaya tidak keterlaluan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Anak Intan Najuwaintan najuwa
https://lomp.at/dy0w6
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Takut Naik Kapal Terbang, Intan Najuwa Akui Overthinking Sampai Tak Berani Bawa Anak Bercuti

  4. 4

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem