Perkongsian usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri selepas memuatnaik satu video di media sosial mencetuskan rasa terhibur netizen di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Aliff di TikTok, memaparkan gelagat putera sulungnya, Ammar Ahyan ketika ‘dipaksa’ melakukan video TikTok bersama ahli keluarga yang lain ketika meraikan hari lahirnya yang ke-17 bersama Yusoff Al-Qardawi.
“Happy birthday anak abah Ammar Ahyan yang ke-17 tahun, sayang kedua orang tua dan menjadi contoh yang baik untuk adik-adik, belajar berniaga dengan abah dan mama.
Dan dapat kejar cita-cita Ammar yang Ammar impikan, abah dan mama akan selalu support anak-anak tersayang.”-kapsyen Aliff Syukri di TikTok
@papalarisofficial Happy Birthday anak abah Ammar Ahyan ke 17 tahun, sayang kedua orang tua dan menjadi contoh yang baik untuk adik adik, belajar berniaga dengan abah dan mama, dan dapat kejar cita cita Ammar yang Ammar impikan, abah dan mama akan selalu support anak anak tersayang… ❤️🥳🥰
“Mesti Adik Dia Yang Suggest Kek Birthday Dia Tu…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat reaksi Ammar yang ‘dipaksa’ menari di TikTok bersama keluarga, malah ada yang sempat berseloroh melihat kek hari lahir Ammar yang bertemakan ‘Roblox’.
“Hahaha dia kenapa eh kelakar macam ni.”
“Nak gelakkan sebab kek dia Roblox tapi bila fikir balik mungkin harga kek dia duit belanja aku 3 bulan.”
“Bapak dia belikan dia kek macam dia baby lagi 😭😭.”
“Pasrah je Ammar, mak pak yang hyper.”
“Kat situ dia sorang je nonchalant 😂.”
“Dia dah jadi watak Mirul ke laki Ain kan tak buat apa pun netizen happy.”
“Sebenarnya ibu bapa dia yang syok nak sambut macam ni 🤣 walau besar mana orang nampak anak sulung kita, dia tetap anak kecik di mata kita sampai bila-bila sebab dia lah teman kita sepanjang ups and down kita belajar jadi ibu bapa yang sempurna.”
“Mesti adik dia yang suggest kek birthday dia tu 😂.”
Apa komen anda?