Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

[VIDEO] “Kau Nak Pergi Mana Tu, Aku Rotan Kau!” – Video Lama Aliff Syukri Didik Anak Curi Perhatian

by Arsiqin Yusof
July 1, 2025
Share on Facebook

Satu video lama Datuk Seri Aliff Syukri kembali tular di media sosial selepas dikongsi semula oleh pengguna TikTok, @athqahhh. Rakaman tersebut memaparkan gelagat usahawan kosmetik popular itu sedang memarahi anaknya dengan nada tegas dan mendidik kerana anak-anaknya itu bermain ketika mengaji. Tindakan ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

@athqahhh

ces cess kesian abang abang dia HAHAHA#alifsyukriterlajaklaris #ammar #ces

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Dalam video berkenaan, Aliff kedengaran memarahi anaknya, sambil menegaskan tentang kepentingan dalam menuntut ilmu. Meskipun kelihatan tegas dan garang, ramai netizen melihat tindakan itu sebagai cara beliau menunjukkan kasih sayang seorang bapa dalam mendidik anak-anak.

“Geram Dengan Baem Ni…”

Rata-rata pengguna TikTok meninggalkan komen yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai kaedah didikan yang digunakan oleh Aliff. Ramai yang memuji ketegasan beliau sebagai seorang bapa yang mahu membentuk anak-anak menjadi insan yang berdisiplin sejak kecil.

“Bagus Aliff ni didik anak dari kecik.”

“Zaman sekarang, kalau mak ayah tak tegas, nanti orang lain pula ajar.”

“Garangnya Datuk, bagus anak hormat”

“Sukanya tengok family ni, bagu Datuk”

Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat anak-anaknya yang saling menyalahkan antara satu sama lain. Ammar Ahyan yang tiada di situasi itu juga ditarik bersama untuk menanggung kesalahan mereka.

Walaupun masih kecil, Ibraheem berani membela diri dan menunding kesalahan kepada kakaknya, Qadejah yang sedang menangis ketakutan.

“Kuangasam lah baem ni hahah”

“Tak baem bagus ngaji, tai bila test entah surah apa dia baca”

“Cess nangis pun sempat betulkan bacaan baem”

“Datin pernah cakap Cess kuat drama, kalau nak lepas diri dia nangis”

“Rumah bukan main besar, situ je dia lari”

“Baem dengan Cess kuat gaduh waktu kecil rupanya”

“Batu api baem ni ahha”

Walaupun video tersebut sudah lama dirakam, ia jelas membuktikan bahawa isu keibubapaan dan didikan anak sentiasa relevan serta menjadi perhatian ramai. Aliff Syukri sendiri pernah beberapa kali berkongsi tentang cabaran membesarkan anak-anak dalam dunia serba moden hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] "Jangan Jatuhkan Maruah Abah Sebagai Artis Dan Datuk Seri!" - Aliff Syukri Menyakat Anak, Cuit Hati Netizen
aliff syukrianak anakdidikrotan
https://lomp.at/mwwkc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem