Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anak Aliff Syukri ‘Berkenan’ dengan Cik B? Ammar Ahyan Ditekan Jawab Soalan Cinta, Siap Kena Nyanyi Lagu Kahwin!

by Puteri Alia
July 1, 2025
Share on Facebook

Usahawan penuh sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen apabila menyakat anak sulungnya, Ammar Ahyan dalam satu sesi siaran langsung di TikTok yang cukup mencuit hati. Kali ini, Aliff mempersoalkan kemungkinan benih cinta mula berputik antara Ammar dan anak kepada rakan sejawatnya yang juga usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

Menerusi perbualan santai itu, Ammar mendedahkan bahawa Cik B pernah bertanyakan beberapa soalan peribadi yang menurut Aliff, seolah-olah memberi bayangan bahawa gadis itu menyimpan perasaan terhadap anak terunanya. Tidak melepaskan peluang mengusik, Aliff mencelah mencadangkan agar Ammar memberi jawapan yang lebih romantik, kononnya hari paling bahagia dalam hidupnya adalah ketika bertemu dengan Cik B.

Namun, Ammar dengan tenang dan jujur memotong kata-kata ayahnya dengan mengatakan bahawa itu adalah satu pembohongan, dan dia tidak mahu menipu. Kejujuran spontan itu disambut dengan gelak tawa para penonton yang mengikuti siaran langsung tersebut.

Aliff yang tidak pernah surut dengan gaya selambanya, terus menyakat Ammar dengan bertanya apakah perkara menarik tentang Cik B. Jawapan Ammar yang menyatakan dia mengagumi cara Cik B bercakap dan sifat peramahnya, memberi lebih banyak ruang kepada Aliff untuk ‘memanaskan’ suasana. Tidak cukup dengan panggilan “bakal menantu papa” yang dilontarkan secara berseloroh, Aliff turut mencipta momen lebih dramatik dengan memainkan lagu Setanggi Syurga nyanyian Inteam dalam siaran langsung itu, sambil mengubah lirik lagu berkenaan mengikut versi ‘kisah cinta’ Ammar dan Cik B.

Dengan gaya bersahaja dan penuh jenaka, Aliff menyanyikan versi sendiri yang menyebut nama Ammar dan Cik B, lengkap dengan babak ‘kompang dipalu’ seolah-olah membayangkan perkahwinan dua anak usahawan popular itu. Aksi spontan tersebut nyata mengundang gelak tawa netizen yang menganggap hubungan antara dua keluarga ternama ini jika benar-benar menjadi kenyataan, pasti akan menjadi antara kisah cinta paling sensasi di Malaysia.

[VIDEO] Gelagat Qadejah Menyakat Datuk Aliff Syukri Buatkan Ramai Terhibur!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ammar AhyanCikBdatuk aliff syukri
https://lomp.at/er6il
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem