• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

OPPO Reno 14 Series Dilancarkan Dengan Meriah Di OOO Music Festival

by Naddy Joe
July 2, 2025
12
KONGSIAN
Share on Facebook

OPPO Malaysia telah melancarkan Siri Reno 14 yang dinanti-nantikan di OOO Music Festival yang berlangsung dengan meriah di Heritage Valley, Kuala Lumpur pada malam tadi. Dianjurkan dengan kolaborasi bersama Warner Music Malaysia, festival muzik ini berjaya menarik ribuan pengunjung, peminat muzik dan peminat teknologi.

Dilancarkan dengan berlatarbelakangkan persembahan memukai daripada beberapa artis terkenal Malaysia, siri OPPO Reno 14 kini tersedia untuk pembelian dalam tiga varian, yang mana semuanya menawarkan reka bentuk berkilauan yang menawan dan inovasi hebat yang menetapkan standard baharu dalam kelasnya.

Reno 14 Pro, berharga RM2,999, dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 8450 yang canggih, menawarkan pengalaman pengguna yang lancar, jangka hayat bateri yang panjang, dan ciri-ciri Kamera AI termaju seperti AI Flash yang hebat dalam menangkap gambar yang jelas dan vibrant walaupun dalam keadaan low-light atau persekitaran bergerak pantas.

Menyokong varian utama ialah Reno 14 dan Reno 14 F. Berharga dari RM2,199 dan RM1,599, varian ini terus menghadirkan pengalaman Reno yang khas pada harga yang lebih berpatutan, memastikan pengalaman pengguna yang pintar dan lancar, sesi gaming yang tidak terganggu, serta kreativiti dan produktiviti pada tahap unggul untuk semua.

Sepanjang acara, para pengunjung festival dapat merasakan kemampuan pengimejan malam Reno 14, menggunakan zon pengalaman interaktif OPPO untuk menangkap dan menyimpan momen bersama keluarga dan rakan.

Dengan persembahan bertenaga dan meriah daripada selebriti Malaysia termasuklah MASDO, Steady Gang, Priscilla Abby dan ImanTroye, para hadirin terus menikmati suasana malam dengan pop-up store artis tempatan dan food truck.

Sertai Reno 14 Roadshow Di Pavilion Kuala Lumpur

OPPO meneruskan sambutan unik terhadap muzik, budaya dan inovasi dengan Reno 14 Series Roadshow, yang berlangsung dari 2 hingga 6 Julai di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur.

Pengunjung dapat merasai sendiri Siri Reno 14 dan menantikan penampilan khas serta persembahan akustik pada Sabtu, 5 Julai oleh artis dan selebriti terkenal seperti Lin Min-Chen, Phei Yong, FUGO, Bunga, dan Empty Page. Malah, para pengunjung menerima hadiah percuma eksklusif dan menikmati promosi menarik sepanjang roadshow ini.

Jangan lepaskan peluang!

oppo reno 14 series
https://lomp.at/jpe54
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bisnes

Dayang Nurfaizah Mahu Sokong Jenama Pereka Tempatan, Dipilih Sebagai Duta Rasmi Amber

by Naddy Joe
August 14, 2025

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui Amber Ekslusif Wear Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd sesuai dengan gayanya yang 'simple'...

Read more
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengumumkan khabar gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga. Menerusi video lucu yang...

Read more
by Naddy Joe
August 7, 2025
Lokal

[VIDEO] Aepul Roza Tampil Dengan Lagu ‘Aku Yang Salah’ Selepas Didakwa Mirip Wajah Wanita Kantoi Curang!

Penyanyi, Aepul Roza tampil dengan sebuah lagu berjudul 'Aku Yang Salah' selepas dirinya didakwa mirip wajah seorang wanita yang tular...

Read more
by Naddy Joe
September 29, 2025
Foto - @zul_ariffin (IG)
Lokal

Belanja Otot Kekar Di IG, Peminat ‘Cuci Mata’ Lihat Badan Zul Ariffin- “Saya Terzoom Pulak”

Pelakon Zul Ariffin mencuri perhatian orang ramai terutamanya pengikut dan peminatnya selepas memuat naik hantaran memaparkan dirinya tidak berbaju di...

Read more
by Nurul A.
August 21, 2025
Lokal

Nora Danish Padam 24,000 Foto Lama Tidak Berhijab, Nekad Hargai Fasa Baharu Muslimah

Pelakon terkenal Nora Danish, 43, membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila kini dalam misi memadam semua foto lama yang menampakkan...

Read more
by Puteri Alia
August 28, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak anak kepada Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang sedang bermain alat muzik...

Read more
by Noah Ab
September 15, 2025
Lokal

Ramai Tolak Potong Rambut, Aqasha Pula Rela Botak Demi Watak – Erma Fatima Dedah Keikhlasan Pelakon Sejati

Tidak semua pelakon sanggup melakukan pengorbanan fizikal demi menjayakan watak, namun Aqasha membuktikan dirinya bukan sekadar bergantung pada rupa paras...

Read more
by Puteri Alia
August 1, 2025
Lokal

Bedah Siasat Zara Qairina Sahkan Kecederaan Otak Teruk Akibat Jatuh

Dapatan bedah siasat terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan punca kematian adalah selari dengan diagnosis awal, iaitu kecederaan otak teruk...

Read more
by Puteri Alia
August 13, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Minta Khawla Buat ‘Stand Up Show’-“Mesti Ramai Datang Nak Tengok”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @khawlalafns yang peroleh perhatian ramai. Video...

Read more
by Noah Ab
October 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Lucu Ernie Zakri & Syamel Sebelum Buat Persembahan, Netizen- “Ni Rupanya Ritual Diorang”

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri...

Read more
by Noah Ab
August 1, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  4. 4

    Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

  5. 5

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem