Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

[VIDEO] Tak Balas Tuduhan Ahmad Dhani, Maia Estianty Tayang Konsert Beyonce

by Soph Azz
July 2, 2025
Foto - Liputan 6 / Indopop

Foto - Liputan 6 / Indopop

Share on Facebook

Ahmad Dhani menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video kompilasi tuduhan yang sering digosipkan oleh bekas isterinya, Maia Estianty, di saluran YouTube peribadinya.

Namun Maia yang seperti tidak mahu merumitkan keadaan, tidak memberi sebarang respons terhadap tuduhan Dhani. Malah dia berkongsi video pendek di Instagram, memaparkan dirinya yang bergembira dan menikmati percutian di Paris bersama suaminya, Irwan Mussry.

View this post on Instagram

A post shared by Bunda Maia Mussry The Queen (@maiaestiantyreal)

Dalam kongsiannya itu, Maia memberitahu bahawa Irwan secara spontannya mencaari tiket untuk menonton konsert Beyonce yang diadakan di Paris. Maia mengatakan dia berasa terharu dengan sikap suaminya itu, mendedahkan dia adalah peminat tegar Beyonce.

“Saya mendapat kejutan yang sangat romantis: Saya dibeli tiket untuk menonton konsert Beyonce. Daddy Irwan segera mencari tiket kerana dia tahu Bunda Maia peminat tegar Queen B.”

View this post on Instagram

A post shared by Bunda Maia Mussry The Queen (@maiaestiantyreal)

Tambah Maia, kejutan ini bukan sahaja untuk menonton konsert muzik kegemarannya, malah ia juga bentuk perhatian dan rasa kasih sayang Irwan kepadannya.

Kongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai, terutamanya selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Dhani mengenai tuduhan fitnah Maia terhadap Mulan Jameela.

“Bunda, sebelah ada yang tantrum. Gembira terus bunda biar panas yang sebelah”, komen @amelharris_.

“Diam sahaja Bunda, ada yang tengah panas”, komen @femmy_julia19.

“Bunda jangan komen content sebelah, diam saja”, komen @dewidewiw.

“@irwanmussry terima kasih kerana meratukan Bunda @maiaestiantyreal. Sebagai detergen, saya gembira melihatnya. MasyaAllah, semoga kebahagiannya merebak ke sini”, komen @richachabel.

“Pelik semalam puji Bunda Maia sebab dapat pasangan lebih baik daripada saya. Sekarang buat kongsian seperti itu tentang bekas saya tidak faham”, komen @evanindyamoonlandarie.

View this post on Instagram

A post shared by Bunda Maia Mussry The Queen (@maiaestiantyreal)

Untuk pengetahuan kamu, Maia menemani Irwan dalam perjalanan perniagaan ke Eropah, sehari selepas majlis akad nikah anaknya, Ahmad Al Ghazali dan Alyssa Daguise.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kongsi Video Di YouTube, Ahmad Dhani Tuduh Maia "Umpat & Fitnah" Mulan Jameela
ahmad dhaniirwan mussryMaia Estianty
https://lomp.at/gkrbg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem