Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Loacker Raikan Ulang Tahun Ke-100 Di One Utama Dengan Penuh Kelazatan!

by Naddy Joe
July 3, 2025
Share on Facebook

Tahun ini, Loacker dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-100. Ini menandakan satu abad sejak Alfons Loacker memperkenalkan wafer pertama di Bolzano, di tengah-tengah pergunungan Alps Itali, sekaligus menerajui kategori wafer moden.

Bermula dari sebuah bengkel pastri kecil di ketinggian 1,000 meter dari aras laut, Loacker kini telah berkembang menjadi jenama global yang melambangkan keaslian, ketukangan, dan kelazatan – menggembirakan pembeli di lebih 110 buah negara, termasuk Malaysia.

Sempena detik bersejarah ini, Loacker Malaysia teruja untuk melancarkan kempen nasional bertemakan “Celebrating a Century of Pure Goodness”, yang akan disertai pelbagai aktiviti strategik bagi mengukuhkan kedudukan Loacker sebagai jenama wafer premium di negara ini. Kempen ini bukan sahaja meraikan warisan jenama yang kukuh, malah menegaskan komitmen Loacker terhadap kualiti, kelestarian, dan inovasi.

Sambutan Gaya Malaysia

Sambutan ulang tahun ke-100 Loacker akan diterjemahkan melalui acara fizikal yang menarik di 1Utama Shopping Centre dari 1 hingga 6 Julai 2025. Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, produk eksklusif dan premium menarik.

Pengunjung boleh mencuba pengalaman menarik seperti stesen poskad WePostWeCare— di mana anda boleh menghantar mesej peribadi ke seluruh dunia secara percuma — serta menyertai permainan seperti Memory Flip, Interactive Hopscotch, dan Puzzle Challenge khas untuk kanak-kanak.

Latar belakang bertemakan 2D Dolomites turut disediakan untuk bergambar. Peminat juga boleh menikmati produk eksklusif edisi acara seperti Napolitaner Crispy Spread, coklat Loackini dan Quadratini Matcha.

Antara ganjaran istimewa termasuk Loacker premium socks untuk pembelian minimum RM18, dan bagasi kabin Loacker edisi terhad untuk pembelian RM200 ke atas*.

Pengunjung juga boleh mencuba nasib di Gashapon & Handwind Chamber bagi memenangi hadiah menarik seperti bantal, botol air dan puzzle*. Kerjasama istimewa bersama HWC Coffee turut memeriahkan acara ini, di mana pembelian melebihi RM80 akan menerima kopi percuma*.

Melalui penglibatan influencer, serta aktiviti kejutan di lokasi, kempen ini akan terus mengukuhkan hubungan mesra Loacker bersama pengguna Malaysia — meraikan 100 tahun penuh kebaikan semula jadi dengan cara yang ceria dan penuh bermakna, sama seperti wafernya.

Untuk infomasi terkini, berita produk, dan promosi eksklusif, ikuti Loacker Malaysia di:  Instagram (@loacker_malaysia), Facebook (Loacker Malaysia), atau layari laman web rasmi www.loacker.com.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
loacker
https://lomp.at/7atko
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem