• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

[VIDEO] Lisa Blackpink Jual Pakaian Sendiri Untuk Bantu Rakyat Gaza

by Arsiqin Yusof
July 3, 2025
140
KONGSIAN
Share on Facebook

Peminat K-Pop, khususnya BLINKs di seluruh dunia, sekali lagi tersentuh dengan tindakan salah seorang anggota kumpulan popular BLACKPINK, Lisa. Bukan hanya berbakat di atas pentas, Lisa membuktikan dirinya juga memiliki hati yang besar apabila dilaporkan menjual koleksi pakaian peribadi miliknya demi membantu rakyat Gaza yang terkesan akibat konflik kemanusiaan yang berpanjangan.

Jualan itu dijalankan dalam masa sehari sahaja iaitu pada 29 Jun yang lalu di SPACE DOOR (2F, 25 Hannam-daero 27-gil, Yongsan-gu, Seoul).

View this post on Instagram

A post shared by LLOUD (@wearelloud)

Menerusi satu video yang tular di media sosial, Lisa dilihat mengadakan acara lelongan amal secara yang dihadiri rakan-rakan selebriti dan peminat. Pelbagai item fesyen miliknya termasuk jaket eksklusif, kasut edisi terhad dan aksesori telah dilelong dan hasil kutipan sepenuhnya disalurkan kepada badan bantuan antarabangsa yang beroperasi di Gaza.

Tindakan Lisa itu telah mendapat pujian ramai, bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah dari netizen seluruh dunia. Ramai memuji keprihatinannya terhadap isu kemanusiaan walaupun berada jauh dari lokasi konflik. Seperti yang kita tahu, selebriti antarabangsa sudah pasti mempunyai banyak pakaian dan tindakan Lisa memilih untuk menjual secara lelong sambil menderma tidak akan merugikannya.

“Dia bukan Muslim, bukan orang Arab, tapi dia tunjuk lebih banyak rasa empati berbanding sesetengah pemimpin dunia,”

“Pasti dia mempunyai banyak sangat baju, baguslah akan memberi keuntungan buat pelbagai pihak.”

“Siapa yang tidak mahu memakai pakaian Lisa”?!”

Komen Netizen

“Lisa memang dari dulu jenis pemurah dan rendah hati. Semoga lebih ramai artis ikut jejak dia.”

“Walaupun sibuk dengan karier, dia tetap tak lupakan penderitaan orang lain. Salute!”

“Saya tak minat K-pop, tapi tindakan Lisa ni betul-betul buat saya hormat dia.”

“Artis lain patut contohi dia, bukan membazir dan membeli pakaian baru”

Difahamkan, ini bukan kali pertama Lisa terlibat dalam aktiviti kemanusiaan. Sebelum ini, beliau pernah menyumbang kepada projek pendidikan kanak-kanak di Thailand dan terlibat dalam kempen kesedaran kesihatan mental.

Langkah yang diambil Lisa ini secara tidak langsung menyuntik inspirasi kepada jutaan peminat untuk turut serta menyumbang dan menyebarkan mesej keamanan. Ia membuktikan bahawa suara selebriti boleh digunakan untuk tujuan yang lebih besar daripada sekadar hiburan, ia juga boleh menjadi platform untuk memperjuangkan nilai kemanusiaan sejagat.

[VIDEO] Sumber 'Orang Dalam' Dedah BLACKPINK Lisa Baru Kahwin & Ini Suaminya...
Blackpinkblackpink lisagazaSumbangan
https://lomp.at/32wfa
Share56Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

[VIDEO] Kopi Adalah Minuman Kegemaran Sultan Pahang & Tengku Hassanal

by Noah Ab
October 10, 2025

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kopihealing yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan,...

Read more
Personaliti

[VIDEO] Telatah Lucu Sultan Pahang & Tunku Azizah Beli Cookies Buatan Rakyat

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar merupakan Permaisuri Pahang, isteri kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa...

Read more
by Noah Ab
August 4, 2025
Personaliti

[VIDEO] Madammu Hadiahkan Dua Anak Perempuannya Cincin Berlian!

Baru-baru ini, tular satu video mengenai usahawan dan pempengaruh iaitu Madammu yang membelikan cincin berlian satu karat kepada dua anak...

Read more
by Noah Ab
October 13, 2025
Foto - The Straits Times
Korea

[VIDEO] Gara-Gara Dialog Kontroversi Dalam ‘Tempest’, China Boikot Gianna Jun

Siri drama baharu di Disney+ iaitu 'Tempest', yang dibintangi oleh aktres Korea Selatan iaitu Gianna Jun telah mencetuskan kemarahan yang...

Read more
by Nurul A.
September 25, 2025
Personaliti

[VIDEO] Miki Ghazali Gembira Kalah, Sifatkan Orang Malaysia Perangai Sampah?…

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Jojo Ghazali yang bertanya kepada adiknya iaitu Miki Ghazali apakah perasaannya apabila kalah...

Read more
by Noah Ab
September 19, 2025
Personaliti

[VIDEO] Minyak Rambut Tun Mahathir Raih Perhatian Ramai-“Mesti Sold Out Nanti”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tun Dr Mahathir yang sedang memandu kereta sambil menjawab persoalan yang ditanya mengenai...

Read more
by Noah Ab
August 26, 2025
Personaliti

Macam Baru Kahwin Semalam! – Faisal Halim & Isteri Kembali Mesra

Sebelum ini, kecoh dimedia sosisl bahawa isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri, telah...

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Personaliti

[VIDEO] Reaksi Tengku Jihan Peroleh ‘Mini Love’ Dari Rakyat Buatkan Ramai Terhibur

Siapa yang tidak kenal dengan Puteri bongsu dari keluarga di raja Pahang iaitu Tengku Putri Jihan yang merupakan anak dari...

Read more
by Jash Lee
July 29, 2025
Personaliti

[VIDEO] Gelagat Tengku Muhammad Ceriakan Kelas Masakan Tunku Azizah, Buatkan Netizen Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tunku Azizah yang membuat kelas masakan percuma untuk rakyat yang berkunjung di perkampungan...

Read more
by Noah Ab
September 5, 2025
Personaliti

Sesi “Pasang Badan” Bersama Ustaz Azhar Idrus, Harga Jam Jenama Oris Jadi Perhatian!

Satu hantaran video di Tiktok milik DJ Nazz menjadi perhatian warga net. Dalam video tersebut, DJ Nazz seperti biasa akan...

Read more
by Aphit J.
July 27, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  4. 4

    Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

  5. 5

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem