Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Gelar Diri Sebagai “Old School”, Salman Khan Akui Hanya Ada 3-4 Teman Wanita

by Soph Azz
July 3, 2025
Foto - @beingsalmankhan (IG)

Foto - @beingsalmankhan (IG)

Share on Facebook

Jika tanya pada Murai, memang tak percayalah jika Salman Khan menyatakan dia hanya mempunyai tiga teman wanita (yang diiktirafnya) sahaja sepanjang hidupnya.

Memandangkan dia sering terpalit dengan imej playboy, Salman membuat pendedahan mengejut tersebut ketika muncul di rancangan ‘The Great Indian Kapil Show’ di Netflix.

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Dalam segmen kasual dengan Kapil Sharma, Salman menggelar dirinya sebagai lelaki “old school” apabila bercakap soal cinta. Akuinya, dia hanya mempunyai tiga hingga empat hubungan cinta yang betul-betul serius dalam hidupnya.

“Saya sangat konvensional. Saya sejenis yang akan settle dengan satu cinta dan bukannya bertukar-tukar pasangan setiap bulan.”

View this post on Instagram

A post shared by Netflix India (@netflix_in)

Kenyataan Salman dalam rancangan temu bual tersebut mencuri perhatian. Ramai yang mengalami kesukaran dan tidak boleh memproses kenyataan itu kerana nama Salman sering dikaitkan dengan ramai wanita yang jelita dalam industri hiburan Bollywood.

Cuba bayangkan daripada kisah percintaannya dengan Aishwarya Rai, Katrina Kaif, Somy Ali sehingga Sangeeta Bijlani, ramai yang percaya Salman mempunyai senarai panjang dalam kisah cinta yang rumit serta dramatik.

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Seolah-olah memahami apa yang difikirkan oleh peminatnya, Salman menyatakan imej awam yang digambarkan tidak mencerminkan kehidupan realitinya. Salman turut menyatakan bahawa reputasinya sebagai playboy dalam percintaan sebenarnya direka oleh media.

“Saya berumur 59 tahun tetapi saya hanya mempunyai 3 ke 4 teman wanita. Reputasi saya teruk, dan pencapaian saya dalam cinta sangatlah teruk berbanding orang lain.”

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Walaupun belum berkahwin, Salman mengatakan dirinya bukan anti cinta tetapi lebih berhati-hati supaya tidak lagi terjebak dalam hubungan yang sia-sia.

Salman yang menggelar dirinya sebagai “old school” turut menyuarakan bagaimana generasi kini sering melompat dengan cepat daripada satu pasangan ke pasangan baru, sesuatu yang tidak pernah dan akan dilakukannya.

Sekadar info, sebelum ini Salman hampir berkahwin dengan Sangeeta Bijlani tetapi dia membatalkan perkahwinan tersebut kerana khabar angin kecurangannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Akui Alami Penyakit OCD, Rutin Harian David Beckham Buat Keluarga 'Benci' & Rimas
Aishwarya RaiKapil Sharmakatrina kaifNetflixsalman khanSangeeta BijlaniSomy Alithe great indian kapil show
https://lomp.at/nmvym
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem