Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

Naik Heli, Mandi Dengan Buaya & Sarapan Dengan Busut: Ini Cerita MURAI di Darwin, Australia

Terima kasih kepada AirAsia & Tourism Northern Territory (NT) kerana pengalaman yang luar biasa & seumur hidup di bumi Australia yang penuh kejutan ini

by Phic ARMAN
July 3, 2025
Share on Facebook

Tak semua hari kita boleh kata, “Eh, tadi aku mandi dengan buaya, lepas tu breakfast tengah busut, petangnya naik unta pulak tengok sunset.” Tapi itulah pengalaman MURAI di Darwin, Australia, bersama AirAsia dan Tourism Northern Territory (NT). Percutian ini bukan sahaja once-in-a-lifetime, tapi juga penuh elemen plot twist dan ketawa terpendam.

Trip ni bermula dengan penerbangan sulung AirAsia AK612 dari KLIA Terminal 2 yang berlepas jam 5:55 pagi pada 27 Jun 2025. Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin jam 12:35 tengah hari waktu tempatan dan dari saat tu, hidup kami terus berubah (dramatik sikit, tapi betul).

Dengan empat penerbangan seminggu, harga promosi pula bermula dari RM319 sehala KL–Darwin dan AUD219 dari Darwin ke KL. Memang ngam untuk korang yang tengah plan cuti hujung tahun. Tempah sebelum 6 Julai 2025 ya, untuk travel sampai 27 Mac 2026.

Cage of Death:  Bila Kita Rasa Macam Nugget Dalam Akuarium

Di tengah bandar Darwin, Crocosaurus Cove bukan sekadar tempat tengok buaya. Ia bagi anda peluang untuk masuk dalam kolam sama dengan buaya air masin bersaiz raksasa. Tapi tenang, anda dilindungi oleh silinder kaca yang sangat tebal, kuat sampai buaya ketuk pun takkan pecah.

Kami dimasukkan ke dalam kolam untuk 15 minit, berdua dalam silinder tu, dan buaya datang mengelilingi kami macam tengah ‘study’ calon makan malam. Serius, kami rasa bingung nak rasa takut dan teruja dan jujur, ini pengalaman paling ekstrem yang pernah kami cuba, tapi juga paling epik.

Tak ramai tempat dalam dunia yang tawarkan pengalaman macam ni. Jadi kalau anda jenis berani dan suka kelainan, inilah aktiviti yang patut masuk bucket list.

📍 Crocosaurus Cove, 58 Mitchell Street
🌐 crocosauruscove.com

Heli Tour Dengan Nautilus Aviation: Bila Hidup Rasa Macam Filem Hollywood

Kalau korang selalu tengok orang kayangan dalam drama naik helikopter ke tempat rahsia, haaa… trip ni bawa MURAI rasa macam orang kayangan betul-betul. Kami ambil half-day heli tour dengan Nautilus Aviation, yang bawa kami dari Darwin ke Jumping Crocodile Cruise, terus ke air terjun rahsia Litchfield, dan terakhir terus mendarat di depan Finniss River Lodge. Macam boss besar balik kampung naik heli.

Kosnya? AUD$984 seorang, lebih kurang RM3 ribu lebih. Ya, memang sakit sikit tengok jumlah tu dalam MYR. Tapi bila dah dalam heli, siap dapat headphone canggih dan pemandangan macam National Geographic, terus lupa baki akaun. Serius, rasa puas sangat. Nak selfie pun rasa macam selebriti eksklusif.

📍Charles Darwin National Park
🌐 www.nautilusaviation.com.au

Jumping Crocodile Cruise:  Bila Buaya Tunjuk Bakat Akrobatik

Cruise ni berlangsung di Sungai Adelaide, salah satu sungai liar yang masih penuh dengan buaya semula jadi. Tapi yang istimewa, buaya di sini melompat keluar dari air bila diumpan dengan ayam mentah! Yang menariknya, guide boleh pula panggil buaya macam panggil kucing. “Come here boy!”

Dan tiba-tiba… BUAYA MELONCAT KELUAR DARI AIR. Masa tu semua atas bot senyap. Tapi lepas tu, satu bot gelak sebab semua muka jadi pucat macam pakai bedak tebal.  MURAI sendiri tersentak, tangan siap sedia tekan kamera tapi jantung degup 130 bpm. Aktiviti ni sangat mendebarkan tapi juga unik dan menyeronokkan, satu jam yang rasa terlalu cepat habis. Tapi serius, pengalaman ni rare gila dan sangat mengujakan.

Bercuti ke Perth Jadi Lebih Mampu Milik, AirAsia Belanja RM200 Untuk Anda!

📍 Adelaide River bridge
🌐 jumpingcrocs.com.au

Mandi Di Air Terjun Rahsia:  Bila Kita Je Yang Ada Dalam Kolam

Salah satu hentian paling menenangkan dalam heli tour kami ialah secret swimming spot di Litchfield National Park.

Dengan heli, kami mendarat di kawasan air terjun yang betul-betul rahsia dalam Litchfield National Park. Tiada pelancong lain, tiada bunyi kereta, tiada signal TikTok. Hanya bunyi air jatuh, angin dan suara burung.

Kami diberi masa 30 minit untuk mandi. Airnya sejuk dan jernih, tapi kepala masih rasa, “Tadi aku dengan buaya, sekarang aku mandi pulak, ni betul ke hidup aku ni?”

Pengalaman ni buat kita rasa sangat ‘exclusive’, macam VVIP versi natural.  Walaupun air terjun tu biasa di mata kami sebab di Malaysia pun cantik juga, tapi yang ini mandi-manda berlatar belakang helikopter bertenggek di atas batu. Pengalaman yang buat kami betul-betul rasa disambut oleh alam semula jadi Australia.

Finniss River Lodge – Hotel Ke Syurga Kecil?

Penginapan kami malam itu ialah di Finniss River Lodge. Sampai je di Finniss River Lodge, kami terus rasa macam masuk babak terakhir drama mega yang hero dan heroin kahwin dan duduk rumah mewah tepi padang. Di sinilah kami tidur malam tu, dengan bilik luas gila dan tingkap penuh pemandangan alam semula jadi.

Dari sarapan, makan tengah hari hingga makan malam, semuanya disediakan oleh chef profesional iaitu dikenali dengan nama Chef Lachlan Raineri. Bilik pula luas dan menghadap pemandangan infiniti padang terbuka. Suasana sangat menenangkan, dan kami betul-betul rasa seperti dalam dunia berbeza, bebas dari bunyi kota dan stres kerja dari Kuala Lumpur.

Kami akan buat review penuh resort ni dalam artikel berasingan sebab banyak sangat benda best nak kongsi.

📍 Finniss River Station, 4295 Fog Bay Rd, Rakula NT 0822
🌐 finnissriverlodge.com.au

Airboat Tour – Bot Kipas Yang Buat Kami Rasa Macam Dalam Filem

Hanya untuk yang menginap di Finniss Lodge Resort, kami berpeluang mengikuti Airboat Tour. Airboat ni macam bot biasa, tapi dia tak pakai kipas dalam air, dia pakai kipas besar di belakang, macam dalam filem. Bila dia jalan, bunyi dia macam motosikal pakai loud exhaust. Dalam tour ini, kami merentas padang rumput, semak dan terusan, sambil melihat pelbagai spesies burung dan kadang-kadang terserempak dengan buaya.

Bot ini memang laju dan agak bising, tapi dengan penutup telinga, ia tetap menyeronokkan. 30 minit terasa pendek sebab pemandangannya terlalu indah. Kami dapat lihat kawasan semula jadi yang masih belum terusik, dan rasa macam masuk set filem Jurassic Park versi realiti.

Selamat Tinggal Jetstar Asia! 500 Pekerja Hilang Pekerjaan, 16 Laluan Ditamatkan

📍 Finniss River Station, 4295 Fog Bay Rd, Rakula NT 0822
🌐 finnissriverlodge.com.au

Sunrise Breakfast: Sarapan Paling Epik Dalam Hidup

Pagi esoknya kami dibawa ke satu lokasi rahsia (lagi), kali ni untuk sarapan pagi di tengah padang dikelilingi busut termite sebesar manusia. Waktu tu matahari baru terbit, angin sepoi-sepoi, dan ada meja makan panjang macam dalam majlis perkahwinan diraja.

Bila kami sampai je, kami terus terdiam. Ada yang bisik, “Eh, ni kita tengah makan ke tengah shoot iklan parfum ni?” Makanan sedap, view luar biasa, dan suasana? Sumpah romantik… kalau anda datang dengan pasangan, confirm auto jatuh cinta kali kedua.

Matahari perlahan-lahan naik, membanjiri padang dengan cahaya keemasan. Kami makan dalam suasana senyap, hanya dengan bunyi alam. Makanan yang dihidang pun cukup istimewa. Ini bukan sekadar makan pagi, ini memori yang akan kami bawa sampai bila-bila.

📍 Finniss River Station, 4295 Fog Bay Rd, Rakula NT 0822
🌐 finnissriverlodge.com.au

Sunset Camel Ride – Bila Kami Jadi Tarikan Pelancong Lain

Naik unta di Pantai Mindil ketika matahari terbenam?  Naik unta mungkin bunyi biasa, tapi bila digabung dengan sunset di Mindil Beach, ia jadi luar biasa. Pantai ini memang terkenal dengan senjanya yang indah, dan kami rasa bertuah jadi sebahagian daripada momen ini.

Yang kelakarnya, ramai pelawat lain duduk tepi pantai dan sibuk ambil gambar kami. Siap ada yang lambai! Kami pun lambai balik walaupun dalam hati gelak kecil, “Eh, ni kami ke selebriti TikTok.

Selama 45 minit, tunggangan ini hanya dibuat sekali sehari, waktu sunset, jadi sangat eksklusif dan terhad.

📍 Mindil Beach, Darwin, Maria Liveris Drive, The Gardens NT 0820, Australia
🌐darwincamelrides.com.au/home

Harga Memang Kuat, Tapi Pengalaman Lagi Kuat!

Tak boleh bohong, banyak aktiviti di Darwin memang mahal sikit sebab mata wang AUD, dan tour yang kami ambil ni semua kategori premium. Tapi bila fikir balik… mana nak cari pengalaman macam ni?

Naik heli, mandi air terjun rahsia, naik unta waktu sunset, makan di tengah padang, berenang dengan buaya. Semua ni bukan sekadar aktiviti, ini memori hidup. Jadi kalau ada bajet lebih, dan nak rasa sesuatu yang luar biasa, Darwin memang destinasi yang betul.

Darwin, Kau Bagi Kami Lebih Dari Cuti

Terima kasih AirAsia dan Tourism NT kerana buka mata kami tentang betapa menakjubkannya Northern Territory ini. Kami datang dengan harapan nak tengok buaya dan nature tapi kami pulang dengan cerita luar biasa yang akan kami simpan seumur hidup.

Kalau anda cari satu destinasi yang boleh buat anda ketawa, kagum dan termenung dalam masa yang sama, Darwin is the one. Dan percayalah, bila balik nanti… anda pun akan kata,

“Eh, kenapa aku tak pergi sini dari dulu?”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
airasiaAirAsia dan Tourism Northern Territory (NT)buayaChef Lachlan RaineriDarwinFinniss LodgeJumping Crocodile CruiseKLIANautilus AviationTourism Northern Territory (NT)
https://lomp.at/4yvcy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem