Saturday, October 25, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Deepika Padukone Di Walk Of Fame: Layak Atau Bayar?

by Puteri Alia
July 4, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktris ternama Bollywood, Deepika Padukone mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pelakon pertama dari India yang bakal diabadikan namanya di Hollywood Walk Of Fame di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pemilihan tersebut meletakkan Deepika sebaris dengan selebriti dunia seperti Demi Moore, Rachel McAdams, Emily Blunt, Timothee Chalamet, Rami Malek dan Stanley Tucci menjadikan senarai pengiktirafan tahun 2026 itu sesuatu yang cukup berprestij.

Deepika, yang memulakan kerjayanya dalam dunia lakonan menerusi filem blockbuster Om Shanti Om pada tahun 2007, dilihat sebagai ikon global yang bukan sahaja mencipta fenomena di India, malah menarik perhatian antarabangsa. Menerusi hantaran ringkas di Instagram, isteri kepada pelakon Ranveer Singh itu meluahkan rasa syukurnya dengan menulis satu perkataan bermakna: “Gratitude”.

Walaupun pencapaian ini dianggap membanggakan oleh majoriti rakyat India dan peminat antarabangsa, namun masih wujud suara-suara sumbang yang mempertikaikan kelayakan Deepika menerima penghormatan sedemikian. Antara kritikan yang dilemparkan ialah beliau hanya pernah muncul dalam satu filem Hollywood, iaitu XXX: Return of Xander Cage yang ditayangkan pada 2017. Lalu timbul perbandingan dengan pelakon Priyanka Chopra yang dikatakan lebih layak kerana telah membina nama kukuh di Hollywood melalui pelbagai filem dan siri antaranya Quantico dan The Matrix Resurrections.

Ada juga yang lebih jauh membuat dakwaan bahawa Deepika mungkin telah membayar sejumlah wang untuk mendapat tempat di Walk Of Fame, namun kenyataan itu nyata tidak berasas. Pemilihan nama-nama untuk diabadikan bukanlah sesuatu yang boleh dibeli sewenang-wenangnya, malah ditentukan melalui proses pemilihan yang ketat oleh panel juri profesional yang menilai lebih ratusan pencalonan dari seluruh dunia setiap tahun.

Apa yang tidak dapat dinafikan ialah daya tarikan Deepika di mata dunia bukan sahaja datang daripada karisma lakonannya, tetapi juga melalui kehadirannya dalam arena fesyen dan diplomasi budaya. Beliau merupakan duta beberapa jenama mewah antarabangsa seperti Louis Vuitton dan Cartier serta menjadi pilihan untuk muncul di pentas global seperti Academy Awards 2023 dan pentas Piala Dunia FIFA 2022 sebagai pembawa trofi.

[FOTO] Penampilan Shah Rukh Khan Untuk Filem 'King' Tular, Nampak Kacak Bersut Hitam Sambil Acu Pistol

Deepika Padukone kini bukan hanya milik India, tetapi menjadi wajah Asia Selatan di pentas global satu pencapaian yang seharusnya diraikan, bukan dipersoalkan. Pengiktirafan ini menandakan bahawa bintang Bollywood tidak lagi hanya bersinar di Mumbai, tetapi kini turut menyinar di lorong paling berprestij di dunia hiburan antarabangsa.

Deepika Padukone
https://lomp.at/je2td
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Fattah Amin Tertukar Telefon Dengan Amira Othman, Lain Pula Reaksi Netizen..

by Jash Lee
July 30, 2025

Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero...

Read more
Lokal

[VIDEO] “Bila Nak Dapat Baby?”- Aksi Spontan Fattah Amin Nyanyi Buat Ramai Teruja!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin dan Amira Othman yang membaca komen netizen mengenai 'bilakah mahu mendapatkan...

Read more
by Noah Ab
October 7, 2025
Lokal

[VIDEO] Fara Fauzana Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Penyampai radio, Fara Fauzana berkongsi khabar gembira apabila dia berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung...

Read more
by Naddy Joe
September 4, 2025
Lokal

Netizen ‘Ship’ Aina Abdul Dengan Didie Shazry-“Sweetnya Dua Orang Ni”

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali...

Read more
by Noah Ab
August 12, 2025
Lokal

“Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari Kau” – Aliff Syukri Kecewa Beg Dipijak Diva AA, Dakwa Badan Disihir

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa yang mendalam terhadap tindakan tidak wajar selebriti kontroversi, Diva...

Read more
by Puteri Alia
July 30, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Menggemas Rumah-“Hantaran Tinggi ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta ynag peroleh perhatiann ramai....

Read more
by Noah Ab
October 16, 2025
Lokal

Fasha Sandha Kongsi Momen Bertemu Sajat Di Singapura, Mohon Orang Ramai Titip Doa-“Kita Tidak Layak Menghukum..”

Pelakon, Fasha Sandha berkongsi momen istimewa apabila dapat bertemu usahawan sensasi, Nur Sajat di konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti...

Read more
by Naddy Joe
July 28, 2025
Lokal

Ucapan Emir Buat Mira Filzah Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Buat Netizen ‘Speechless’!

Suami kepada pelakon jelita, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar mencuri perhatian netizen hantaran istimewanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka...

Read more
by Naddy Joe
September 4, 2025
Lokal

[VIDEO] Fasha Sandha Kongsi Momen Lucu Ada Nenek Mahu ‘Kenenkan’ Dengan Cucunya!

Pelakon, Fasha Sandha berkongsi momen lucu apabila seorang warga emas mahu menjodohkannya dengan cucunya. Fasha, menerusi video yang dimuatnaik di...

Read more
by Naddy Joe
July 29, 2025
Screenshot
Berita

Musa Nuwayri Tidak Pernah Anggap Diri ‘Hero’-“Ini Bukan Pasal Kita, Ini Tentang Mereka Di Gaza..”

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia yang juga salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ahmad Musa Al-Nuwayri...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  4. 4

    Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

  5. 5

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem