Selepas enam tahun, aktor Brad Pitt dikhabarkan menyesal bercerai dengan bekas isterinya, Angelina Jolie. Maklumat ini didedahkan oleh sumber rapat dengan Brad Pitt dalam sebuah laporan eksklusif salah satu media Hollywood popular baru-baru ini.
Menurut sumber rapat itu, perceraian dengan Angelina telah menghantui kehidupan Brad Pitt selama bertahun-tahun. Untuk info kamu, Angelina dan Brad Pitt berkahwin pada tahun 2014 dan diceraikan pada tahun 2019.
“Ia benar-benar mengawal hidupnya untuk masa yang lama. Dia mencintainya, dan dia tahu dia telah melakukan kesilapan besar.”
Angelina dan Brad Pitt telah menjalinkan hubungan selama sedekad sebelum mereka berkahwin pada tahun 2014. Pasangan ini mempunyai enam anak (tiga anak kandung dan tiga anak angkat) iaitu Shiloh, Pax Thien, Knox Léon, Vivienne, Zahara Marley dan Maddox Chivan.
Selepas perceraian ‘buruk’ pasangan ini, hubungan Brad Pitt dan anak-anaknya dilaporkan renggang. Terutamanya apabila beberapa anak perempuannya secara sah menukar nama keluarga dan membuang nama “Pitt”.
“Keadaan makin sukar untuknya kerana dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anaknya.”
Bukan itu sahaja, pertikaian undang-undang yang panjang dan kompleks selepas perceraian telah memburukkan segala keadaan. Pertikaian itu termasuk dakwaan keganasan rumah tangga, hak penjagaan anak dan pertikaian mengenai pemilikan kilang wain Angelina-Brad Pitt di Perancis.
“Kesemua pertikaian ini juga menyumbang kepada anak-anaknya menjauhkan diri daripadanya. Tetapi dia tidak menyalahkan Angelina sepenuhnya untuk itu.”
Walaupun Brad Pitt kini berasa lega kerana perceraiannya telah berakhir, dia masih lagi dihantui dengan akibat daripada itu. Menurut sumber rapatnya, Brad Pitt menyesal kerana tidak dapat membetulkan hubungan mereka. Manakala Angelina pula berada dalam kedudukan yang tidak memaafkannya.
Sejak perpisahan mereka, Brad Pitt telah mengusahakan untuk berhenti daripada minum alkohol dan dilaporkan telah mengubah perspektifnya tentang kehidupan.