Saturday, October 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Warden Parkir Kejar Bell Ngasri di New Zealand Bukan Sebab Saman, Tapi Nak Autograf – “Fattah Amin Tepi Dulu!”

by Puteri Alia
July 7, 2025
135
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Bell Ngasri mencuit hati warganet apabila tular satu video memaparkan dirinya didatangi seorang warden parkir ketika berada di New Zealand, namun bukan untuk disaman seperti yang disangkanya. Dalam rakaman tersebut, Bell kelihatan terkejut dan sedikit cemas apabila wanita berpakaian seragam menghampirinya, namun keadaan bertukar lucu apabila warden parkir itu sebenarnya hanya ingin mendapatkan tandatangan daripadanya kerana merupakan salah seorang peminatnya. Reaksi spontan Bell yang berkata, “Ini bukan kena saman ya? Saya takut kalau kena saman,” mencetuskan gelak tawa dalam kalangan netizen yang menonton.

Insiden itu berlaku sewaktu Bell sedang berjalan-jalan di bahu jalan bersama rakan selebriti lain termasuk Fattah Amin, Amira Othman dan Irfan Haris. Lucunya, walaupun Fattah Amin turut berada di lokasi, warden tersebut lebih teruja bertemu Bell, sekali gus mencetuskan perdebatan manja dalam kalangan peminat yang beranggapan Bell lebih popular daripada hero kacak itu.

Tambahan pula, momen tersebut menjadi lebih menarik apabila diketahui bahawa wanita yang bekerja sebagai warden parkir itu sebenarnya berasal dari Malaysia, menjadikan pertemuan mereka lebih bermakna dan penuh kebanggaan.

Netizen tidak melepaskan peluang untuk mengusik situasi itu, mengaitkan populariti Bell dengan watak ikonik ‘yak yak yeh’ yang sudah sebati dengan dirinya. Antara komen lucu yang ditinggalkan termasuk, “Dia lebih memilih Bell daripada Fattah,” dan “Ini baru betul definisi popular, yak yak yeh sampai luar negara!” Sekaligus, gelagat lucu itu membuktikan bahawa Bell bukan sahaja dikenali dalam negara, malah turut dikenang peminat Malaysia yang menetap di luar.

Bell, atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, 44, kini berada di New Zealand bersama beberapa pelakon lain termasuk Fattah Amin, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Remy Ishak, Amira Othman dan Nora Danish bagi menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah berjudul Poskad Cinta Dari Auckland. Lawak spontan Bell dan sambutan mesra peminat terhadapnya menjadi bukti bahawa aura pelakon versatil ini sememangnya tidak mengenal sempadan.

bell ngasri
https://lomp.at/04h2j
Share54Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”

by Naddy Joe
September 24, 2025

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan Bella Astillah iaitu Ara Adreanna yang lincah menari di hadapan...

Read more
Lokal

Abby Abadi Demam Panas & Dijangkiti Influenza, Tampil Mohon Maaf-“Tu Yang Hilang Fokus..”

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan selepas selesai konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada malam...

Read more
by Naddy Joe
September 22, 2025
Indonesia

Samsons Bakal Beri Elemen Istimewa Buat Peminat Di KL Pada November Ini

Selepas 22 tahun menghasilkan karya yang abadi buat para peminat, kumpulan terkenal Indonesia, Samsons kembali mengubati rasa rindu peminat di...

Read more
by Naddy Joe
September 11, 2025
Lokal

Erma Fatima Nafi ‘Porn Collector’, Pertahan Pilih Pelakon Transgender Dalam Drama Pondan Itu

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul dakwaan kononnya beliau mengambil pelakon lelaki transgender untuk...

Read more
by Puteri Alia
September 19, 2025
Lokal

“Anda Jawab di Akhirat”: Video Temu Bual Disalah Tafsir? Aaron Aziz Tampil Bersuara

Sebelum ini Datuk Aaron Aziz kembali hangat diperkatakan apabila dikatakan tidak peka dengan isu yang melibatkan Gaza. Tiada Kaitan Dengan...

Read more
by Aphit J.
October 6, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Menggemas Rumah-“Hantaran Tinggi ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta ynag peroleh perhatiann ramai....

Read more
by Noah Ab
October 16, 2025
Lokal

“Foto Botak Bukan Raih Simpati”- Elyana Sindir Netizen Tak Faham Derita Pejuang Kanser

Bukan menagih simpati, penyanyi Elyana tampil berkongsi foto berkepala botak demi menyuntik semangat kepada para pejuang kanser yang sedang berjuang...

Read more
by Puteri Alia
October 7, 2025
Lokal

Fazura Tenang Tanpa Suami, Akui Hidup Paling Bahagia Hanya Bertemankan Fatima

“Wanita paling bahagia dengan cinta hati di sisi.” Begitu balas pelakon terkenal Nur Fazura apabila menerima kata-kata semangat daripada seorang...

Read more
by Puteri Alia
September 9, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Anak Maryam, Rina Dukung Adiknya Buatkan Netizen Teruja

Maryam You Narae, lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi, ialah seorang pempengaruh media sosial dan usahawan kelahiran Korea Selatan yang...

Read more
by Noah Ab
August 14, 2025
Lokal

Zain Saidin Dedah Pernah Masuk Gaza -“Rasa Seperti Ke Mekah, Tapi Bunyi Dron & Bom Sentiasa Menghantui”

Pelakon Zain Saidin mengimbas kembali kenangan paling bermakna dalam hidupnya apabila berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Palestin pada tahun 2012,...

Read more
by Puteri Alia
October 8, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem