Saturday, October 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Janna Nick Tak Tolak Kemungkinan Curang, Akui Hati Manusia Mudah Berubah Termasuk Dirinya

by Puteri Alia
July 7, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi Janna Nick mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pandangannya mengenai cabaran rumah tangga yang mungkin diuji dengan kehadiran orang ketiga. Menerusi satu hantaran video di TikTok, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata dia hanya mampu berdoa agar perkahwinannya dengan pelakon Dini Schatzmann kekal utuh meskipun menyedari tiada siapa mampu mengawal perubahan hati manusia, termasuk pasangan sendiri.

“Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang,” luahnya jujur dalam video berkenaan. Ucapannya yang bersahaja namun penuh makna itu membuat ramai tersentuh, apatah lagi dalam dunia hiburan yang sering kali dikejutkan dengan kisah perpisahan selebriti akibat curang.

Menariknya, Janna tidak hanya menuding kesalahan kepada kaum lelaki apabila menyentuh soal kecurangan, sebaliknya mengakui wanita juga tidak terkecuali daripada diuji. Menurutnya, isu curang bukanlah satu kesalahan eksklusif kepada suami semata-mata, kerana setiap manusia boleh khilaf.

“Orang selalu kata suami sahaja yang curang. Tapi kita pun manusia. Mungkin suatu hari nanti, saya yang curang,” katanya secara terbuka. Tambahnya, setiap hubungan pasti akan diuji dan tidak adil untuk menyalahkan satu pihak semata-mata.

Pernyataan berani dan matang Janna itu menerima pujian daripada ramai pengguna media sosial yang menganggap pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu bersikap sangat realistik dan tidak hipokrit dalam menilai perhubungan. “Saya suka cara Janna fikir. Tak semua orang mampu cakap benda jujur macam ni,” komen seorang netizen. Malah, ada yang menyifatkan Janna sebagai seorang wanita yang kuat kerana tidak takut menghadapi realiti, sebaliknya berserah kepada takdir.

Untuk rekod, Janna dan Dini Schatzmann sah bergelar suami isteri pada 10 Jun 2023. Pasangan sama cantik sama padan itu sering mendapat perhatian ramai sejak awal perkenalan lagi, dan kini mereka terus menjadi tumpuan apabila berkongsi sisi peribadi yang lebih terbuka dan jujur kepada umum.

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF
Dini Schatzmannjanna nick
https://lomp.at/za5k2
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Screenshot
Lokal

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!

by Naddy Joe
October 3, 2025

Usahawan kosmetik, Sajat menggesa para selebriti dan pempengaruh untuk bersuara di platform media sosial masing-masing mengenai misi Global Sumud Flotilla...

Read more
Lokal

Baby Shima Nafi Jadi Punca, Doktor Sahkan Ketagihan Seks Peminat Bukan Disebabkan MV Island Boi

Penyanyi sensasi Baby Shima sekali lagi berdepan situasi mencemaskan apabila mendedahkan seorang peminat lelaki misteri terlalu obses terhadap dirinya sehingga...

Read more
by Puteri Alia
August 27, 2025
Lokal

Zara Zya Masih Bujang Hampir 40 Tahun, Anggap Hidup Sekadar Persinggahan Sementara

Pelakon popular Zara Zya tampil dengan coretan penuh makna mengenai kehidupannya yang masih membujang meskipun usianya bakal mencecah 40 tahun....

Read more
by Puteri Alia
August 29, 2025
Lokal

Ramai Minta Nasihat Poligami, Aslam Akui Enam Bulan Pertama Hidup Beristeri Dua Paling Mencabar

Mampu beristeri dua pada usia semuda 25 tahun, pempengaruh media sosial Ahmad Aslam tidak menyangka kehidupan peribadinya menjadi tumpuan ramai...

Read more
by Puteri Alia
July 23, 2025
Lokal

Irfan Haris Dedah Fattah Amin Jumpa Keluarga Sebelum Dekati Amira, Mula Mengorat Di Konsert TokTi

Penyanyi Irfan Haris akhirnya membuka rahsia mengenai detik awal perkenalan kakaknya, Amira Othman dengan pelakon terkenal, Fattah Amin. Menurut Irfan,...

Read more
by Puteri Alia
September 11, 2025
Foto - @intannajuwa (IG)
Lokal

Wanita Tegur Warna Kulit, Ini Respons Intan Najuwa- “Salah Ke Kalau Gelap?”

Jarang-jarang kita melihat aktres Intan Najuwa meluahkan rasa kesalnya di media sosial. Dan baru-baru ini, ketika Intan menghadiri sebuah majlis,...

Read more
by Soph Azz
July 22, 2025
Lokal

“Mereka Cuba Torture Kami Lagi Ya Allah”- Kata-Kata Ardell Aryana Sebelum Kapal GSF Ditahan Israel

“Mereka cuba torture kami lagi Ya Allah.” Itulah perkataan terakhir yang sempat diucapkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana dalam...

Read more
by Puteri Alia
October 3, 2025
Lokal

[VIDEO] Nadzmi Adhwa Sebak Lihat Ardell Pakai Tshirt Putih Sebagai Tudung

Baru-baru ini, Ardell menyertai Global Sumud Flotilla, armada kapal bantuan terbesar dalam sejarah yang membawa 500 aktivis dari 44 negara...

Read more
by Noah Ab
October 6, 2025
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

[VIDEO] Scha Alyahya Pamer Cara Lakukan Solekan Tebal, Tapi Lain Pula Netizen Perhatikan

Dalam ramai-ramai selebriti, Scha Alyahya antara mereka yang gemar dan tak lokek berkongsi rutin solekan serta penjagaan wajah kepada peminat....

Read more
by Nurul A.
August 4, 2025
Lokal

Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza Musnah Dibedil! Siti Nurhaliza Tetap Tabah & Berjanji Akan Bangkit Semula

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini pernah meluahkan hasrat mendalamnya untuk mengunjungi Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza yang...

Read more
by Aphit J.
September 27, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem