Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Harga Tiket Konsert Misha Omar Cecah RM1,200! Rai 20 Tahun Karier Dengan Malam Bersejarah

Selepas kejayaan konsert Back To Basic, Misha tidak menunggu lama untuk mengukir sejarah baharu.

by Phic ARMAN
July 10, 2025
Share on Facebook

MURAI baru sahaja menerima makluman rasmi daripada pihak penganjur, dan terus terpaku mendengar berita ini: Misha Omar bakal menganjurkan sebuah konsert berskala besar sekali lagi. Dan yang lebih mengejutkan, harga tiket tertinggi konsert ini mencecah RM1,200. Ya, benar, seribu dua ratus ringgit untuk satu pengalaman yang dijanjikan eksklusif, termasuk tempat duduk “royal” untuk dua orang.

Selepas kejayaan konsert Back To Basic, Misha tidak menunggu lama untuk mengukir sejarah baharu. Sekitar tengah malam, sebulan lalu, beliau mengumumkan di Instagram bahawa konsert ini akan direalisasikan. Dan kali ini, bukan sekadar percubaan atau “menguji pasaran”,  tetapi benar-benar bersungguh-sungguh.

Nama konsert ini juga ringkas namun menarik,  DiA Misha Omar. Ia bukan sambungan kepada showcase sebelumnya, tetapi lebih kepada sebuah perayaan perjalanan seni beliau sepanjang lebih dua dekad. Konsert ini juga digambarkan sebagai sebuah “riwayat cinta” antara Misha dan para peminat, dari era Bunga-Bunga Cinta sehingga single terbaharu beliau, Break.

Tandakan tarikh ini: 29 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Penganjur, Double M Production bersama Altus Prohouse, memberi jaminan bahawa pengalaman yang ditawarkan adalah sesuatu yang unik dan belum pernah dirasai sebelum ini.

Perkara yang paling menarik perhatian, semestinya harga tiket. Ia bermula serendah RM288 untuk kategori Silver. Namun, bagi yang mahukan pengalaman paling eksklusif, tiket VIP 1 berharga RM1,200 disediakan lengkap dengan Meet & Greet serta pas Soundcheck. Bagi yang ingin menikmati pengalaman berdua, terdapat juga pakej “Royal Twin Seat” pada harga RM1,200 untuk dua orang.

Tiket mula dijual pada 25 Julai 2025, jam 10 pagi melalui jiotix.asia/events/dia-misha-omar. Bagi pembeli Orang Kelainan Upaya (OKU), saluran pembelian khas turut disediakan melalui hotline WhatsApp: +6011 1660 1122.

Hafaz 30 Juzuk Boleh Dapat RM4,500, MAIWP Tawar Insentif Lumayan Untuk Para Huffaz

Misha telah pun melaksanakan bahagian beliau, kini tiba giliran kita untuk memastikan arena penuh. Jika ingin melihat beliau mempersembahkan vokal lunak disulami humor dan momen-momen istimewa di atas pentas, jangan tunggu sehingga tiket habis terjual.

29 November 2025 di Mega Star ArenaAltus ProhouseDouble M ProductionKuala Lumpurmisha omar
https://lomp.at/dqkfo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)
Lokal

Perjelas Status Perkahwinan Dengan Datuk Red, Adira Tegas Tidak Pernah Rujuk

by Nurul A.
January 20, 2026

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah rujuk semula dengan bekas suami, Datuk Red seperti yang tular sebelum...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara