• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zizi Kirana Jawab Isu Unfollow Suami-“Alhamdulillah Okey Sahaja” Tapi Masih Tiada Gambar Bersama Sejak Jun

by Puteri Alia
July 14, 2025
Share on Facebook

“Alhamdulillah okey sahaja.”

Jawapan ringkas daripada Zizi Kirana itu seakan menutup mulut mereka yang cuba mencetuskan spekulasi mengenai status rumah tangganya bersama pelakon Yusuf Bahrin. Meskipun beberapa tanda mencetuskan persoalan, termasuk tindakan mereka tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing, Zizi memilih untuk menjawab dengan tenang dan penuh diplomasi.

Penyanyi yang terkenal dengan gaya tersendiri itu turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada para peminat yang prihatin dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Waalaikumsalam, doakan baik-baik ya. Terima kasih sebab selalu prihatin terhadap saya, sayang kalian semua,” katanya dalam satu hantaran yang turut menjawab persoalan ramai.

Spekulasi mula timbul apabila Zizi dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama suami sejak 8 Jun lalu, iaitu kali terakhir dia berkongsi foto Yusuf bersempena hari lahir aktor tersebut. Sejak itu, ketiadaan sebarang paparan kebersamaan dan interaksi antara mereka menimbulkan pelbagai tafsiran netizen yang sememangnya peka dengan perubahan sekecil apa pun dalam kehidupan selebriti.

Menambah rasa ingin tahu, beberapa hantaran Zizi di platform Threads pula dilihat membawa nada yang lebih peribadi dan sarat dengan mesej tersirat. Ada yang mengaitkannya dengan luahan hati, ada pula yang menafsir ia sebagai petanda hubungan yang sedang berdepan ujian. Namun, tanpa mengesahkan atau menafikan apa-apa, Zizi terus mempamerkan sisi matang dengan tidak melayan spekulasi secara terbuka.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas saling mengenali ketika terlibat dalam program hiburan All Together Now Malaysia. Sepanjang perkahwinan, mereka sering berkongsi momen manis dan tidak lokek menunjukkan kasih sayang secara terbuka, membuatkan khabar angin tentang hubungan mereka menjadi lebih mengejutkan bagi para peminat.

Bot Zizi Kirana Ke Gaza Jadi Sasaran Serangan Dron- "Alhamdulillah Api Berjaya Dipadamkan.."

Walaupun Zizi menyatakan semuanya dalam keadaan baik, ketidakpastian terus menyelubungi mereka yang ingin tahu lebih lanjut. Buat masa ini, kenyataan penyanyi Eh itu kekal sebagai satu-satunya jawapan rasmi yang diberikan, dan selebihnya, hanya masa dan tindakan mereka yang akan menjawab segala teka-teki.

Yusuf Bahrinzizi kirana
https://lomp.at/ch6gh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Men's Journal
Hollywood

Kepala ‘Pecah’ Ketika Buat Stunt, Bintang ‘Spider-Man’ Dikejarkan Ke Hospital

by Nurul A.
September 22, 2025

Penampilan pertama Tom Holland dari filem 'Spider-Man: Brand New Day' telah mencuri perhatian ramai ketika aktor itu mula menjalankan penggambaran...

Read more
Foto - Yahoo
Hollywood

Gara-Gara Puji Kate Middleton, Meghan Markle Berdendam Dengan Katy Perry

Duchess of Sussex, Meghan Markle disyaki masih menyimpan dendam terhadap Katy Perry. Dendam itu didakwa disebabkan oleh komen mengenai gaun...

Read more
by Nurul A.
October 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fazura menanyakan kepada Fatima soalan yang diajukan dari netizen mengenai adakah Fatima mahu...

Read more
by Noah Ab
November 6, 2025
Lokal

Abby Abadi Bidas Babak Intim Drama – “Berkemban, Sentuhan, Cium Kepala… Jangan! Itu Zina Berat”

Abby Abadi kembali mencuri perhatian apabila tampil menegur kecenderungan produksi drama yang semakin berani menampilkan adegan terlalu intim sehingga menimbulkan...

Read more
by Puteri Alia
November 24, 2025
Foto - Utusan Malaysia
Lokal

“Behar Sumpah Kamal Adli Agar Mendapat Nasib Yang Baik Seperti…”- Azhar Sulaiman

Kemelut rumah tangga aktor Kamal Adli kembali mencuri perhatian apabila beberapa rakan selebriti tampil memberikan sokongan kepadanya di media sosial...

Read more
by Nurul A.
November 20, 2025
via Instagram Siti Nurhaliza
Lokal

Telatah Afwa Merengek Mahu Tunai Solat Undang Perhatian, Peminat Puji

Siapa yang tak kenal Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti, Ratu Pop Malaysia yang bukan sahaja...

Read more
by Aisy
December 2, 2025
Lokal

Angel & Tabby Akhirnya Kongsi Foto Perkahwinan Sabronzo, Curi Perhatian Netizen-“Lama Korang Simpan Rahsia…”

Ahli kumpulan DOLLA, Angel dan Tabby mencuri perhatian netizen selepas akhirnya berkongsi momen perkahwinan Sabronzo bersama suaminya, Dash Berlin. Sebelum...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Lokal

Bella Astillah Ganti Syed Saddiq, Kini Penyampai Rasmi Era FM

Bella Astillah terus membuktikan dirinya sebagai artis serba boleh apabila secara rasmi dilantik sebagai penyampai radio Era FM bermula hari...

Read more
by Puteri Alia
September 22, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Terhibur Bila Afwa Cakap Nyanyian Siti Nurhaliza Tak Sedap

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa memberitahu bahawa nyanyian Siti Nurhaliza tidak sedap untuk didengarinya itu. Reaksi terkejut...

Read more
by Noah Ab
October 22, 2025
Lokal

Janna Nick Terkejut Lobster Roll Harrods Viral: “RM98 Tapi Kosong Weh!”

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick, baru-baru ini mencuba menu yang menjadi viral di Harrods, London iaitu Lobster Row. Makanan...

Read more
by Iffah Iffah
December 4, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore