Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Kak KM Cuma Bertahan Sebulan Sebagai Pramugari, Akui Hati Tiba-Tiba Mahu Berhenti Sebab Tak Tahan

by Puteri Alia
July 23, 2025
Share on Facebook

Terbang tinggi di awan biru ternyata tidak seindah yang dibayangkan, itulah yang dirasai oleh Nabila Razman, anak kepada usahawan sensasi Kak KM apabila hanya mampu bertahan selama sebulan sebagai pramugari bersama syarikat penerbangan terkemuka, Singapore Airlines. Nabila atau lebih dikenali sebagai Bella, 22, membuat keputusan mengejut untuk menarik diri daripada latihan intensif yang sedang dijalaninya, sekaligus menamatkan impian yang selama ini dilihat sebagai langkah besar dalam kerjayanya.

Menurut Bella, keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah, malah turut disusuli dengan tangisan seorang ibu. Meskipun begitu, dia yakin setiap apa yang berlaku punya hikmah yang tersendiri. Menerusi satu hantaran video di TikTok, Bella berkongsi rasa hati yang bercampur baur dan mengakui hatinya secara tiba-tiba berubah, seolah-olah ditarik untuk meninggalkan kerjaya yang sedang diusahakan. Dia percaya Tuhan mengatur segala-galanya dan keputusan tersebut adalah jalan terbaik buat dirinya walaupun disulami rasa sedih.

Kini kembali ke tanah air, Bella memutuskan untuk berundur secara baik daripada program latihan yang diikuti, setelah menyedari bahawa kerjaya sebagai pramugari mungkin bukan laluan yang sesuai dengan dirinya. Menurutnya, bukan syarikat penerbangan itu yang menjadi punca, sebaliknya kesesuaian dan keikhlasan diri dalam menjalani tanggungjawab yang diberikan. Baginya, apabila hati tidak gembira, segala yang dilakukan tidak akan memberi makna meskipun kelihatan sempurna dari luar.

Sebelum ini, Kak KM pernah berkongsi kegembiraan apabila Bella diterima bekerja dengan Singapore Airlines selepas menghadiri sesi temuduga bersama dua syarikat penerbangan ternama. Malah, dia turut memaklumkan bahawa anaknya akan berkhidmat selama lima tahun di sana, satu tempoh yang dilihat sebagai permulaan yang kukuh dalam kerjaya. Namun kini, dengan keputusan Bella untuk berundur, segalanya berubah.

"Esok Dia Mati, Aku Kena Tanam. Aku Mati, Dia Tanam!" - Kak KM Beri Nasihat Mengenai Hubungan Adik Beradik

Sebagai cucu kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri, Bella membuktikan bahawa biarpun memiliki latar belakang yang dikenali, tidak semua perkara boleh dipaksa demi memenuhi harapan orang lain. Keputusan mengejutkan itu menjadi bukti bahawa seseorang berhak memilih jalan hidup sendiri, walaupun ia bermakna menolak peluang yang kelihatan ‘sempurna’ di mata umum.

anak kak kmkak km
https://lomp.at/0f7t3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Lokal

Maria Farida Kongsi Momen Hari Lahirnya, Netizen Terpegun!-“Sentiasa Cantik..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Perkongsian pelakon dan model terkenal Malaysia, Datin Seri Maria Farida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen hari lahirnya yang ke-57,...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara