Monday, July 28, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Cawangan Ke-6 XI Fertility Dirasmikan di Setia Alam, Fokus Pada Rawatan Kesuburan

XI Fertility bukan nama baru dalam dunia perubatan Cina tradisional (TCM)

by Phic ARMAN
July 27, 2025
Share on Facebook

Hari ini, MURAI berpeluang hadir ke majlis pembukaan cawangan terbaru XI Fertility & Women’s Health TCM Centre yang kini rasmi dibuka di Setia Alam. Jujurnya, ini bukan sekadar satu lagi pusat rawatan, tapi satu ruang yang membawa harapan kepada ramai yang sedang berdepan dengan isu kesuburan dan kesihatan dalaman. Ramai sebenarnya tak tahu rawatan macam ni wujud di Malaysia, apatah lagi di kawasan kediaman seperti Setia Alam.

XI Fertility bukan nama baru dalam dunia perubatan Cina tradisional (TCM). Mereka dah lama bertapak di Damansara City Mall, Atria Shopping Gallery dan Pavilion Bukit Jalil. Kini dengan pembukaan cawangan keenam, mereka terus komited untuk membawa rawatan kesuburan TCM yang terbukti berkesan kepada lebih ramai pasangan di luar sana.

Kalau anda fikir rawatan TCM hanya tentang herba dan akupunktur semata-mata, anda silap. XI Fertility menawarkan pendekatan holistik yang merangkumi penilaian tubuh mengikut konstitusi individu, penggunaan teknik semula jadi, dan juga suasana rawatan yang sangat selesa dan moden. Bukan jenis pusat rawatan yang rasa macam klinik. Di sini suasananya tenang dan menyenangkan, seolah-olah anda sedang memasuki ruang spa yang penuh ketenangan.

Yang paling menarik, XI Fertility bukan hanya untuk wanita. Ramai yang tak tahu, lelaki juga memainkan peranan penting dalam isu kesuburan. Di cawangan Setia Alam ini, terdapat pakar berdaftar yang fokus pada kesihatan lelaki seperti masalah hormon, kelesuan, dan kesuburan. Dalam masa yang sama, wanita juga boleh mendapatkan rawatan lengkap dari peringkat persediaan kehamilan sehinggalah pemulihan selepas bersalin.

Apa yang ditawarkan di sini bukan sekadar rawatan untuk mendapatkan anak. XI Fertility turut membantu pesakit yang berdepan dengan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol, sakit badan berpanjangan dan juga isu kecantikan serta berat badan. Pendek kata, sesiapa sahaja yang rasa tubuhnya ‘tak seimbang’ boleh datang dan buat penilaian.

MURAI berani katakan, ini jenis rawatan yang patut lebih ramai orang tahu. Ia bukan pengganti kepada rawatan moden, tapi satu alternatif yang selamat dan lembut. Ramai pasangan hari ini terlalu tertekan dengan kehidupan dan cabaran mendapatkan zuriat, dan pusat seperti XI Fertility ini hadir tepat pada waktunya. Pendekatan mereka gabungkan sains moden dengan tradisi lama dan hasilnya, rawatan yang menyentuh tubuh dan emosi secara menyeluruh.

Kalau anda berada di Setia Alam atau kawasan berdekatan, jangan teragak-agak untuk singgah dan kenali lebih lanjut tentang TCM. Kadangkala, jalan penyelesaian yang kita cari tak semestinya datang dalam bentuk ubat moden mungkin ada keajaiban dalam rawatan yang lebih semula jadi.

setia alamXI Fertility
https://lomp.at/6kmps
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Automotif

[VIDEO] PRO-NET Raikan ‘The Real e.MAS’ Sempena Hari Ibu

by Naddy Joe
May 20, 2025

Sempena Hari Ibu, PRO-NET menganjurkan sebuah program gaya hidup eksklusif untuk menyerlahkan bagaimana Proton e.MAS 7 menjadi sebahagian daripada kehidupan...

Read more
Kesihatan

Jom Saksikan “Malaysia – Destinasi Kesihatan Asean”, Dokumentari Khas Terbitan RTM

Kepengerusian Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 tahun 2025 Kuala Lumpur sememangnya membawa peluang besar dalam memperkukuh sektor kesihatan ASEAN...

Read more
by Aphit J.
May 17, 2025
IbuBapa

[VIDEO] Aniaya Pelajar! Kantin Sekolah Jual Burger Kosong RM3, Netizen Tuntut Tindakan

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok oleh pengguna @leena.scha yang memaparkan kekecewaan seorang ibu terhadap makanan yang dijual kepada...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 14, 2025
Kecantikan

Good Virtues Co & Richiamo Coffee Perkenal Minuman Habbatus Sauda

Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untukmenikmati kelebihan...

Read more
by Naddy Joe
May 14, 2025
Inspirasi

Langkah Ceria Raya: ‘Muadzam Lebarun 2025’ Warnai Dataran Muadzam Shah dengan Semangat Syawal

Pada 19 April 2025 yang lalu, Dataran Muadzam Shah diserikan dengan warna-warni kegembiraan apabila Muadzam Lebarun 2025 berlangsung dengan penuh...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 1, 2025
Kesihatan

[VIDEO] “Ramai Di Kalangan Rakan Saya Hidap Kolesterol Tinggi..”-Amber Chia

Kolesterol tinggi kian menjadi kebimbangan dan masalah kesihatan di Malaysia, menjejaskan jutaan orang dewasa dan mungkin meningkatkan risiko komplikasi yang...

Read more
by Naddy Joe
April 18, 2025
Bisnes

Eskayvie Komited Sebar Kepentingan Nutrisi, Tumbesaran dan Perkembangan Optimum Minda Anak-Anak

Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, baru-baru ini mengadakan Eskayvie Grand Annual Dinner 2025 di Hotel Intercontinental. Majlis ini bertujuan...

Read more
by Phic ARMAN
January 27, 2025
Kesihatan

Tony Fernandes Mahu Capai Sasaran Turun Berat Badan Pada 2025- “Dari Berat Saya 103kg Kini…”

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, baru-baru ini berkongsi perjalanan peribadinya dalam usaha menurunkan berat badan yang amat...

Read more
by Phic ARMAN
December 24, 2024
Jalan-Jalan

[VIDEO] Terokai Taman Tugu Nursery Trail Bersama Skechers

Taman Tugu, sebuah kawasan hijau yang indah dan tenang di tengah-tengah kesibukan bandar, menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk semua peringkat...

Read more
by Phic ARMAN
December 16, 2024
Kesihatan

10,000 Pelari Penuhi Dataran Putrajaya Untuk PUMA’S NITRO NIGHT RUN 2024

Larian Malam Nitro 2024 PUMA merupakan kejayaan yang membanggakan apabila lebih 10,000 pelari bersemangat berkumpul di Dataran Putrajaya untuk pengalaman...

Read more
by Phic ARMAN
November 20, 2024
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

  2. 2

    [VIDEO] Qadejah Marah Aliff Syukri, Tapi Lain Pula Netizen Terhibur- “Sempat Mintak Air Pulak Tu”

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”

  4. 4

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem