Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Hafiz Suip Sah Ceraikan Isteri

by Naddy Joe
July 29, 2025
Share on Facebook

Teka-teki mengenai kemelut rumah tangga penyanyi, Hafiz Suip bersama isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah akhirnya terjawab selepas dia mendedahkan bahawa mereka kini telah sah bercerai di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.

Pendedahan itu dilakukan sendiri oleh Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip ketika ditemui Murai MY di Majlis Meet & Greet Media bersama Hafiz sempena konsert istimewa Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Bienz Kuala Lumpur pada Isnin.

Tiada Kesefahaman

Jelas Hafiz, dia menganggap penceraian yang berlaku adalah disebabkan tiada lagi kesefahaman dalam rumah tangga yang dibina bersama Nureffy.

“Benda (penceraian) ini dah selesai. Tiada kesefahaman. Kesefahaman itu yang penting sebenarnya.

Kita dah cuba. Mungkin ini adalah yang terbaik.”-kata Hafiz Suip

Masih Berhubung Dengan Bekas Isteri

Jelas Hafiz, dia dan Effy masih lagi berhubung biarpun tidak lagi bergelar pasangan suami isteri. serta tidak bermasam muka demi kedua-dua anak mereka iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.

“Kami masih lagi berhubung mengenai urusan anak-anak. Dia masih ibu kepada anak-anak saya. Kami tiada bermuka-muka. Alhamdulillah.”-Kata Hafiz kepada Murai

Anggap Sebagai Pengajaran & Pengalaman

Akui tidak menyesal dengan apa yang berlaku, penyannyi berusia 35 tahun ini berpendapat ianya sebagai pengajaran dan pengalaman dalam kehidupannya.

“Saya tak menyesal atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini semua adalah pengajaran dan pengalaman. Ini semua takdir. Kita hanya menjalankan kehidupan.

Kita berdamai dengan apa sahaja situasi, tidak sentiasa menyalahkan orang lain kerana ia tidak akan habis. Islam pun mengajar kita untuk tenang adalah berdamai.”-kata Hafiz kepada Murai

Terdahulu pada Januari 2025, Hafiz Suip memberikan kenyataan kepada media tempatan mengenai dia dan Nureffy yang tidak lagi tinggal sebumbung dan berada dalam proses penceraian.

"Hilangnya Doa Seorang Ibu..."-Hafiz Suip

Sekadar info, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka…Apa komen anda?

hafiz suip
https://lomp.at/nzrde
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Spotlight

Rozi Kongsi Kisah Siti Nurhaliza & Mendiang Chester Bennington Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, baru-baru ini berkongsi satu memori manis zaman dia terlibat dengan MTV Asia Award...

Read moreDetails
Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara