• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

24 Kata-Kata Ucapan Selamat Hari Natal Yang Penuh Bermakna

by Jash Lee
December 11, 2021
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Sambutan perayaan Hari Natal atau Krismas hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Hari Natal adalah hari bermakna yang ditunggu-tunggu oleh semua penganut beragama Kristian di seluruh dunia. Bagi mereka yang meraikannya, perayaan Krismas sering ditafsirkan sebagai bukti kasih sayang Tuhan kepada umatnya. Bukan itu sahaja, sambutan Hari Natal juga sering dijadikan kenangan untuk berkumpul bersama keluarga dan sanak- saudara.

Terdapat banyak cara untuk meraikan hari istimewa ini.  Bermula dari menghias pokok krismas, menyediakan hadiah hinggalah menghias kediaman yang bakal menjadi tempat berkumpul dengan ahli keluarga. Ucapan selamat hari natal juga menjadi salah satu persiapan yang penting.

Di sini kami kongsikan bersama pembaca yang bakal menyambut perayaan Hari Natal beberapa ucapan sebagai inspirasi buat anda. Jom kita tengok!

Kata-Kata Ucapan Yang Penuh Makna

via ilustrasi natal
  1. Sambutan hari natal adalah sambutan yang paling sejati apabila kita meraikannya dengan memberikan cahaya kasih sayang kepada mereka yang amat memerlukan.
  2. Hari Natal juga memberi peluang kepada kita untuk berhenti seketika dari segala aktiviti seharian dan merenung perkara-perkara penting di sekeliling kita.
  3. Saya berharap anda akan memperoleh kebahagiaan dan kebaikan pada tahun ini kerana anda layak mendapat yang terbaik. “Selamat Hari Krismas dari kami sekeluarga kepada seluruh keluarga anda”.
  4. Hari Natal adalah masa yang terbaik untuk menyentuh setiap hati dengan kasih sayang dan perhatian. Selamat Hari Natal.
  5. Ucapan  Selamat Hari Natal dan semoga perayaan ini akan membawa banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan anda sekeluarga!
via pexel.com

6. Semoga kehidupan anda dipenuhi dengan kehangatan dan kegembiraan pada waktu suci ini hingga sepanjang tahun akan datang.

7. Hari Natal adalah masa dimana semua orang melupakan masa lalu dan masa kini diingati.

8. Hari Natal adalah hari untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan. Ini juga adalah momen yang akan menjadi memori terindah untuk kita. Selamat Hari Natal kepada anda dan seluruh keluarga.

9. Semoga keakraban kita semua, keselesaan rumah tangga dan perpaduan yang akan memperbaharui semangat anda di musim perayaan ini. Selamat Hari Natal buat anda dan keluarga.

Kata-Kata Ucapan Yang Menyentuh Hati

via pexel.com

10. Hari Natal ini adalah masa untuk kita mendoakan kegembiraan, kasih sayang dan keamanan antara satu sama lain. Ini adalah ucapan saya buat anda, Selamat Hari Natal buat semua rakan-rakan yang dikasihi, semoga anda merasakan cinta pada hari yang sungguh istimewa ini.

11. Semoga musim perayaan ini akan terus menyinari kehidupan kita, semoga semua impian kita akan menjadi kenyataan dan semoga anda mendapat kebahagiaan yang berkekalan. Selamat Hari Natal!

12. Apakah itu Krismas? Ia adalah kelembutan untuk masa lalu, keberanian untuk masa kini dan harapan untuk masa akan datang.

13. Hari Natal adalah hari yang menyatukan semua perkara.

14. Saya harap kita boleh meletakkan sedikit semangat pada Hari Natal ini dalam balang dan membukanya pada setiap bulan.

15. Hari Natal adalah hari yang menyatukan kita semua sepanjang masa.

16. Hari Natal bukan masa atau musim, tetapi fikiran yang menghargai kedamaian dan niat yang baik serta untuk melimpahkan rasa sayang untuk meraikan Hari Natal yang penuh bermakna.

Kata-Kata Ucapan Yang Tidak Dapat Dilupakan

via pexel.com

17. Tuhan akan memberkati kita semua!

18. Hati kita akan menjadi lembut dengan semua kenangan zaman kana-kanak dan kasih sayang antara kita. Kita juga akan menjadi lebih baik dan bahagia serta dapat menggamit kenangan kita semua menjadi kanak-kanak semula pada Hari Krismas ini.

19. Semoga dunia ini sentiasa dipenuhi dengan kehangatan dan kasih sayang antara kita.Selamat Hari Krismas dan semoga Tuhan akan sentiasa memberkati kita semua.

20. Senyuman, serangkaian kata-kata yang penuh bermakna dari orang yang kita cintai dan hadiah dari orang yang teristimewa adalah harapan dan kegembiraan yang terbaik buat kita di Hari Natal dan Tahun Baru.

21. Semoga cahaya pada Hari Natal ini akan terus menerangi kita dan menjadi cahaya pada keluarga. Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru!

22.  Hadiah cinta, anugerah kedamaian, kurniaan kebahagiaan. Semoga semua ini menjadi milik kita pada Hari Natal ini.

23. Irama pada Hari Natal ini adalah gelak tawa dan semangat kecintaan sesama kita. Selamat Hari Natal!

24. Setiap detik pada Hari Natal akan memberi makna dan nilai yang tersendiri. Pagi akan membawa harapan, petang membawa iman. Petang membawa cinta dan malam membawa kedamaian. Saya harap anda ada semuanya. Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru!

ucapanharinatal
https://lomp.at/dzwgh
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

by Khai Azfar
July 16, 2021

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore