Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

by Nurul A.
October 22, 2025
Foto - @Mytouchngo (FB)

Foto - @Mytouchngo (FB)

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah anda layak terima kredit eWallet RM200 dalam MyKad?

Untuk bulan Oktober 2025, program eWallet RM200 kini rasmi dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak. Untuk pengetahuan semua, inisiatif ini adalah sambungan program MyKasih SARAM dengan bantuan nilai antara RM50-RM200 yang dimasukkan terus ke cip MyKad tanpa perlu eWallet tambahan.

Siapa Yang Layak Terima?

Penting untuk anda tahu bahawa tak semua rakyat Malaysia layak menerima bantuan eWallet RM200 MyKad ini. Kelayakan penerima ditentutkan berdasarkan beberapa kriteria seperti:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang menerima STR Fasa 4 secara automatik layak
  • Warganegara Malaysia yang memegang MyKad sah dan aktif
  • Nama tersenarai dalam sistem eKasih sebagai kategori miskin atau miskin tegar
  • Isi rumah berpendapatan rendah B40 dan sebagai M40 tertentu

Cara Semak Kelayakan Penerima

Semak kelayakan berdasarkan lima langkah mudah berikut:

Foto – MyKasih
  1. Layari portal rasmi MyKasih [www.mykasih.com.my].
  2. Pilih menu “Semak Status Program”
  3. Masukkan nombor MyKad tanpa simbol “-“
  4. Sahkan captcha dan tekan “Semak”
  5. Status akan dipaparkan sama ada anda “Layak” atau “Tiada Rekod”.

Jumlah Bantuan Mengikut Kategori

Tak semua penerima akan menerima jumlah bantuan yang sama. Bantuan akan diberikan mengikut kategori penerima yang layak:

  • Isi Rumah (eKasih): RM200
  • Warga Emas (eKasih): RM150
  • Bujang (eKasih): RM50
  • Isi Rumah (Bukan eKasih): RM100

Sekadar info, penerima perlu menggunakan kredit eWallet MyKad mereka sebelum 31 Oktober 2025. Baki kredit yang tidak digunakan sebelum 31 Oktober 2025 akan luput dan tidak boleh dibawa ke bulan November.

Kredit eWallet MyKad ini juga hanya boleh gunakan untuk pembelian barang asas yang diluluskan oleh kerajaan seperti makanan asas, barangan keperluan. Untuk senarai barang SARA, anda boleh rujuk di [SINI].

Ini Sebab Mengapa Pasport & MyKad Bakal Berwajah Baharu Tahun Ini

Semoga bermanfaat!

bantuan ewallet rm200ewallet RM200MyKadmykad rm200
https://lomp.at/9m1b0
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Berita

Baucar Jom Shopping Perayaan, 25,000 Rakyat Selangor Terima RM200

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Berita gembira buat rakyat Selangor, Baucar Jom Shopping Perayaan kembali dilaksanakan untuk membantu masyarakat menyambut musim perayaan dengan lebih meriah....

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara